Kelebihan Asb Loan

Kelebihan Asb LoanUntung ke buat ASB Loan? Sebelum mengenalpasti baik buruknya sesetengah pembiayaan atau pinjaman Amanah Saham Bumiputera ini, kita perlu membandingkan berapa purata dan peratus keuntungan yang kita dapat sekiranya kita membayar kepada bank untuk membuat simpanan. Contohnya, manakah lebih untung antara membuat simpanan ke akaun sebanyak RM500 setiap bulan ataupun membayar pinjaman sebanyak RM500 sebulan? Mana lebih untung? Pinjaman, kena bayar balik. Simpanan, margin lambat tumbuh tapi tiada cas pembiayaan dikenakan.

Sekiranya kita mampu membayar kepada bank jumlah itu setiap bulan, sudah tentu kita mampu membuat potongan bulanan tanpa membuat sebarang pinjaman. Kemudian, kira pula berapa peratus keuntungan dari setiap RM500 yang dibayar tadi. Sekiranya jumlah pembiayaan lebih besar berbanding simpanan, sudah tentu simpanan lebih menguntungkan.

Jika kita sudah mula melabur dalam pembiayaan ASB, maka pinjaman juga menjadi mudah. Tapi, perlu ingat yang pinjaman perlu dibayar. Simpanan pula hanya perlu menyimpan. Orang cakap, “pinjam senang, nak bayar balik merana!”. Maka, jangan buat pinjaman. Tetapi jangan kita lupa, ASB merupakan akaun pendapatan yang member kita pendapatan tambahan juga. Terdapat banyak teknik dan himpunan cara pembiayaan yang menguntungkan pemilik akaun ASB. Dinasihatkan juga kepada pemilik akaun supaya jangan sesekali menggunakan atau mengeluarkan dividen untuk 2 ataupun 4 tahun yang pertama supaya ianya berganda.

Tujuan utama kita membuat loan ASB adalah untuk melabur dan mendapat keuntungan. Hanya korbankan 2 hingga 4 tahun sahaja, kemudian gunakan sepenuhnya dividen yang diperoleh untuk membayar pinjaman terdahulu maka pinjaman kita akan disingkatkan dan akan memperoleh kapita dan keuntungan pada masa yang singkat. Nak melabur kena sabar, sekiranya kita faham tentang loan dan pelaburan, maka amat mudah untuk kita menyimpan di dalam ASB.

See also  Cara Menjual di Lelong.com.my ( Individu)
0 comments… add one

Leave a Comment