Keselamatan Pulang Beraya

Keselamatan Pulang Beraya1 – Pastikan pintu,tingkap dan pagar rumah anda dikunci dengan baik

2 – Gunakan kunci tambahan pada pintu, grill, tingkap dan pagar rumah anda

3 – Kunci kenderaan yang ditinggalkan. Turut gunakan kunci tambahan bagi menambah tahap keselamatan kenderaan anda. Lebih elok motosikal yang ditinggalkan dibawa masuk ke dalam rumah bagi mengelakkan peluang kepada penjenayah untuk mencurinya

4 – Jangan menyimpan wang tunai dan barang kemas di dalam rumah. Simpan ia dalam bank atau peti simpanan keselamatan

5 – Bagi rumah yang mempunyai alat sistem penggera keselamatan, pastikan ia terpasang

6 – Maklumkan kepada jiran akan tempoh ketiadaan anda bagi membolehkan mereka mengawasi rumah

7 – Simpan tangga atau alat-alat tajam di dalam rumah bagi mengelakkan ia digunakan untuk memecah masuk rumah anda

Pencegahan Jenayah Bermula Daripada Kita!

 

Petua Keselamatan Jalan Raya

1. Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan situasi kelam kabut pada saat-saat terakhir. Pastikan anda mendapat rehat secukupnya terutamanya sebelum perjalanan yang panjang. Jangan memandu dalam keadaan letih, mengantuk tau bila mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Periksa tayar, brek dan lampu isyarat sebelum memulakan perjalanan.

2. Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan. Ia menentukan tahap kelajuan maksimum yang selamat bagi jalan tersebut. Perlahankan kenderaan apabila hujan kerana jalan basah dan licin serta jarakkan kenderaan anda daripada kenderaan di hadapan. Bagi meningkatkan kebolehlihatan, pasangkan lampu kecil bukannya lampu kecemasannya.

3. Menukar-nukar lorong adalah membahayakan. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.

4. Amalkan keselamatan di persimpangan dengan memperlahankan kenderaan pada lampu kuning dan berhenti pada lampu merah.

5. Beri keutamaan kepada pejalan kaki di kawasan lintasan belang.

6. Elakkan dari mengekori kenderaan terlalu rapat. Perbuatan ini amat membahayakan.

7. Jangan memotong di zon larangan dan jika teragak-agak.

8. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Perbuatan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah.

9. Elakkan mencelah dia antara kenderaan apabila memandu. Perbuatan ini menyebabkan anda lebih sukar dilihat oleh pengguna jalan raya lain (kerana anda bergerak keluar dan masuk dari kawasan titik buta).

10. Sentiasa gunakan atau pasangkan tali pinggang keledar dan pastikan semua penumpang juga menggunakannya.

“Amalkan tabiat yang selmat jika ingin selamat. Pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya”
“Ingatlah anda menuju ke kampung halaman untuk bergembira dan bersuka ria bersama-sama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di hari yang mulia ini. Tiada siapa yang mahu membiarkan keluarga menanti dalam tangisan. Jadilah pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan pemandu yang berhemah”

hafizamri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *