Keunikan Jantung Yang Kita Tidak Sedari

Makhluk hidup merupakan ciptaan yang paling rumit dan ajaib. Sehingga kini masih sukar untuk sesiapa mencipta seunik kita.

Maka, kita perlu tahu keunikan salah satu organ terpenting tubuh; jantung. BUkan sekadar bertugas mengepam darah ke seluruh tubuh, jantung juga merupakan satu organ yang sensitif, berbeza-beza bagi setiap individu, dan mempunyai kehebatan menjangkau sangkaan.

Jantung Bukan di kiri

Ini merupakan mitos yang sering dijadikan alasan untuk penjelasan teori amalan tertentu. Ramai yang menggunakan alasan jantung adalah lebih dekat ke kiri; itulah sebab kita meletakkan tangan di kiri. Ada pula yang membidas jantung berada di sebelah kanan. Namun, faktanya adalah jantung terletak betul-betul ditengah-tengah dada, dengan sedikit melengkung ke arah kanan. Hal ini kerana organ di dalam tubuh kita bukan ‘seleper’ yang yang dipaparkan di gambar, namun berlapis-lapis dengan ketebalan yang berbeza. Dengan melengkung lebih ke kanan, ia membantu peredaran darah baru lebih efisien.

Jantung bukanlah berwarna merah.

Acapkali ketika menerima kad Valentin, atau melukis perasaan jantung berdegup, ia adalah dua lengkung bercantum berwarna merah pekat atau merah jambu. Sehinggakan apabila ingin melakar rajah jantung, warna merah sentiasa menjadi pilihan.

Biarpun darah yang dipam berwarna merah, hakikatnya ia berwarna lebih perang dan gelap berbanding darah yang dipam.Ini tidak termasuk komposisi lemak yang mengelilingi arteri yang boleh memberikan imej sedikit kekuningan.

Jantung Masih Berdegup Selepas Dikeluarkan

Bunyi kenyataan seperti sebuah filem seram, tetapi ia pernah berlaku. jantung kita memiliki arus elektrik sendiri yang membantu ia berdegup, dan selagi ia menerima oksigen, ia akan terus berdegup walaupun telah dipisahkan dari tubuh badan.

Jantung tidak akan letih

Jantung mula berdegup empat minggu (janin) dan tidak akan berhenti sehingga kita mati. Secara purate ia berdegup sebanyak 100,000 ribu kali sehari, yakni sejuta kali seminggu. Walaupun ia boleh menjadi lemah dalam beberapa keadaan seperti penyakit, ia tidak akan letih. Jantung merupakan organ yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Untuk membayangkan keadaan ia bekerja, cuba menggenggam bola tenis sehingga 100,000 kali sehari. Tak sanggup, bukan?

See also  Asid Dalam Badan Punca Penyakit Gout, Gastrik, Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit Jantung Dan Diabetes

 

Jantung Wanita dan Lelaki berbeza saiz

Betul! Sepertimana berbezanya setiap individu, seperti itu berbeza saiz jantung bagi mereka. Sacara ppurata jantung wanita adalah 2 auns lebih kecil berbanding jantung seorang lelaki. Ini juga antara punca wanita lebih mudah diserang penyakit jantung jika dibandingkan dengan lelaki.

 

Reaksi sakit jantung tidak semestinya sakit di dada.

Berbeza dengan pendapat biasa mahupun drama-drama filem, tidak semua sakit jantung akan menyebabkan reaksi dimana pesakit akan memegang dada mereka yang kesakitan. Barangkali tanpa diketahui, anda telahpun mendapat sakit jantung! Sakit  jantung pada kebanyakan wanita memberi tindakbalas dengan berasa mual, sakit kepala dan sakit perut. Seperti tidak ada kaitan bukan dengan sakit jantung? Namun tidak pelik kerana jantung adalah nadi seluruh tubuh; apabila ia sakit, bahagian lain juga boleh turut terasa.

Demam biasa masih boleh merosakkan jantung

Jangan abaikan kesihatan anda apabila mendapat demam biasa. Walaupun diluar ia kelihatan kecil dan remeh, kuman-kuman yang menyebabkan anda demam tersebut boleh melemahkan jantung. Ini dipanggil viral cardiomyopathy. Cara untuk memulihkannya adalah dengan memulihkan diri daripada demam secepat mungkin.

Selain itu, perkara yang harus anda ambil tahu akan menyebabkan kelemahan jantung adalah dengan pengambilan alkohol berlebihan serta  ubat kemoterapi tertentu.

 

Tekanan Emosi boleh menyebabkan ‘patah hati’

Jantungku berkecai patah seribu…

Mereka tidak bergurau apabila mengatakan my heart will break. Biarpun apabila diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia ia menyebut hati, iaitu organ yang lain, tetapi apa yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris adalah jantung.Tekanan emosi akan membuatkan tubuh merembeskan sejenis hormon yang boleh melumpuhkan jantung anda. Ia dipanggil ‘broken heart syndrome’ atau ‘ ‘takotsubo’s cardiomyopathy’,  dan kelazimannya menyerang wanita post-menopaus. Antara yang boleh mencetus perasaan ini adalah kematian yang tersayang, ketakutan yang amat, malahan kejutan. Walaupun begitu, kesannya pada kebiasaan adalah bersifat sementara dan akan pulih dengan bantuan dan sokongan emosi.

See also  Masalah Haid Tidak Teratur
0 comments… add one

Leave a Comment