Laporan Institusi Presiden Mesir – Dr. Muhammad Mursi

1- Hak Asasi Manusia dan para Syuhada` : Presiden telah memutuskan untuk republik menaja sara hidup keluarga syuhada` dan orang teraniaya sepanjang Revolusi 25 Januari.

2- Presiden meminta peguam negara mempercepatkan siasatan untuk kes 2 syahid. Jabir solah dan Islam Mas`ud. Beliau juga menyampaikan rasa simpatinya atas peristiwa berdarah di Asyut.

3- Presiden telah membuat puluhan panggilan talifon kepada para pemimpin dunia untuk menghentikan pencerobohan ke atas Gaza. Beliau juga bertemu dengan Dr. Aiman Ali bagi membincangkan keadaan rakyat Mesir di luar negara.

4- Presiden bertemu pemimpin politik pembangkang secara berasingan. Mereka adalah : Amru Musa, Hamdin Sobahi, dan Dr. Mun`im Abul Futuh, dan Dr. Al-Baradei.

5- Presiden bertemu dengan kumpulan-kumpulan ulamak dan pendakwah seluruh Mesir. Antara tokoh besar adalah : Syeikh Muhammad Hasan, Dr. Sofwat Hijazi, Dr. yasir Burhami, Dr. Abdullah Syakir, Dr. Muhammad Abdul Maqsud, Syeikh Abu Ishak Al-Huwaini dan lain-lain.

6- Presiden bertemu dengan pemimpin masyarakat di Menya. Begitu juga, beliau bertemu beberapa tokoh politik bagi membincangkan isu perlembagaan negara.

7- Presiden bertemu dengan pelabur-pelabur Mesir bagi mengukuhkan sokongan terhadap bursa ekonomi Mesir.

8- Presiden membuka sebuah kilang penghasilan polestrin pertama di Mesir dan Afrika.

9- Presiden bertemu dengan pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin syarikat Emiret.

10- Presiden bertemu Erdogan dan mencapai 27 persetujuan antara Mesir dan Turki.

11. Presiden melawat Asyut dan bersolat di Masjid Umar Mukarram.

12. Presiden mengeluarkan iklan tentang Perlembagaan Mesir yang baru.

13. Presiden mengeluarkan perintah melantik Talaat Ibrahim sebagai peguam negara berkuatkuasa selama 4 tahun.

14. Presiden bertemu Pengerusi Dewan Republik Iraq dan mendapat jemputan melawat Iraq. Beliau juga bertemu Raja Faisal, raja Saudi dan wakil Jepun Timur dan Tengah.

15. Presiden ditemu ramah oleh akhbar TIME.

16. Berhentinya pencerobohan ke atas Gazah atas naungan Mesir

via : .fb.com/DrMuhammadMursy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *