Pernah tak anda mengalami keadaan susah nak “melepas”sampai berpeluh-peluh..Kadang-kadang sampai berhari-hari dan ada juga yang berminggu-minggu tak juga boleh “melepas”.Kalau keluar pun keras je hehhehe…Itulah namanya sembelit..
Saya nak kongsikan apa punca berlakunya sembelit..
Punca Sembelit:
1.Perubahan berkaitan faktor usia.
2.Kurang pergerakkan atau kurang melakukan aktiviti fizikal.
3.Makanan kurang serat.
4.Penyalahgunaan julap.
5.Dehidrasi
Apakah Dehidrasi?
Dehidrasi berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih besar dari nilai yang diambil masuk.Mudah kata dehidrasi ini ialah kehilangan cairan tubuh yang berlebihan.
6.Ketumbuhan usus besar.
7.Selalu menahan diri daripada membuang air besar
8.Bagi wanita yang mengadung boleh sahaja terkena sembelit jika janin menekan dibahagian usus.
9.Kesan dari pengambilan ubat-ubatan contoh ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine,diuretik,anti-histamine,anti-depressant,ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium,ubat kemurungan dan ubat alahan.
10.Kencing manis.
11 Parkinson.
12.Kesakitan dibahagian dubur
Cara mengatasi sembelit:
*Banyakkan minum air kosong
*Banyak makan sayur-sayuran dan buah buahan
*Berjumpa Doktor