Meransang Motivasi dalam Diri

1329725275982063305

Ada kalanya ketika bangun pada waktu pagi, kita akan berasa kurang bersemangat untuk memulakan hari tersebut. Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang bakal kita hadapi hari ini.
 
Keadaan sebegini tidak baik untuk hari baru kerana ia akan menyebabkan tindakan yang kita lakukan terjejas. Lantas anda berfikir, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi situasi ini?
 
Mari kita berkongsi beberapa tip ringkasuntuk meningkatkan motivasi diri di kala gundah dan kurang bertenaga:
 
1. Kata-Kata Perangsang Kendiri Setiap Hari
 
Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri ataupun mengungkapkan apa-apa sahaja untuk memberi keyakinan kepada diri setiap hari.
 
Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, anda menyebut kepada diri sendiri: “Saya berasa sungguh hebat dan yakin!”, “Saya sememangnya seorang yang mengagumkan!” atau “Tidak kira apa orang kata, saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan kuat bekerja.”
 
2. Membaca al-Quran berserta Maksudnya
 
Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan menghayati maksudnya, kita seolah-olah sedang “berbicara” dengan Allah, dan pastinya Allah tidak akan pernah menzalimi kita.
 
Apabila menghayati bacaan al-Quran, hati kita akan “memproses” kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan yang terbaik pasti akan memberikan emosi dan pemikiran yang baik.
 
3. Memberi Ganjaran kepada Diri Sendiri
 
Setiap kali anda berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan anda. Contohnya, setiap kali anda mendapat kenaikan pangkat, belanjalah diri sendiri di sebuah restoran yang menjadi kegemaran anda. Ini buktti anda menghargai kejayaan diri Sendiri.
 
4. Sempurnakan Tugasan
 
Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat “menyeksa” keyakinan diri sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak boleh
menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya.
 
5. Dapatkan Pendapat atau Komen daripada Orang Lain
 
Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak kerenah dan mudah menghargai usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan. Namun, jika ingin mendapatkan kritikan dan komen negatif, bertanyalah kepada mereka yang cerewet dan kritikal untuk pendapat mereka.
 
6. Sentiasa Mengambil Peluang untuk Meningkatkan Diri Sendiri
 
Jika kursus, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamanyaapabila anda dapat mempelajari sesuatu kemahiran baru dan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan jiwa anda!
 
7. Senaraikan Objektif Kejayaan yang Ingin Diraih
 
Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapa anda
bekerja bersungguh-sungguh? Kenapa perlu melakukan kerja lebih masa? Kenapa ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, rakan, majikan atau diri anda sendiri.Kemudian, bandingkah alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.
 
8. Alasan Peribadi Anda adalah yang Terbaik
 
Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika sedang melalui saat-saat sukar dan genting.
 
9. Ramai Orang sudah Berjaya Melakukannya
 
Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan han’an. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutifsetahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?
 
10. Jangan Takut Melakukan Kesilapan
 
Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia meningkatkan hidup mereka. Namun demikian, tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh Iebih tinggi daripada itu. Oleh sebab  itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup.
 
Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi
kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana.
 
11. Jangan Kedekut untuk Membantu Orang Lain
 
Bantulah rakan anda yang tidak mempunyai keyakinan diri Ini secara tidak langsung akan membantu diri anda memperteguh
keyakinan dan semangat kerja.
 
Janganlah kedekut ilmu untuk membantu orang lain. Ingatlah “prinsip yoyo”; anda akan dapat balik apa yang anda berikan!
 
Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *