Muslim Malaysia dan Halal: Kemudahan Halal Verified Engine (HVE)

DagangHalal Bhd mengatakan penggunaan aplikasi Halal Verified Engine (HVE), sejenis aplikasi pengesahan sijil halal akan meningkat. HVE dilaksana atas tujuan memudahkan proses permohonan pengesahan halal. Ia dilancarkan pada 11 Disember 2013.

Apa itu HVE?

Halal Verified Engine (HVE) merupakan yang sistem atas talian pertama di dunia khas untuk memudahkan perkongsian maklumat berkaitan kesahihahan persijilan halal bahan-bahan, produk-duk , serta perkhidmatan yang berkaitan. Ia merupakan hasil kerja usahasama antara JAKIM dan DagangHalal Bhd.(DHB) dengan menggunalan teknologi cloud computing Microsoft. Ia dibina dengan tujuan memudahkan dan mempercepatkan sistem permohonan dan pembahauran sijil dengan membenarkan pengguna mencari, melihat dan memuat turun sijil-sijil halal yang sahih

Pangkala maklumat HVE yang menggunakan teknologi cloud computing akan menjadi pusat sumber maklumat bagi badan-badan pensijilan halal, senarai produk dan perkhidmatan yang telah disahkan halal oleh JAKIM.

Perkembangan HVE

Setakat ini, HVE memiliki lebih daripada 100,000 produk dan perkhidmatan yang disenaraikan dalam pangkalan maklumatnya. Ia merangkumi pelbagai jenis sektor iaitu Makanan dan Minuman ( Food and Beverages, F&B), Pusat Sembelihan, Logistik, Pharmaseutikal, Kosmetik. Sektor-saktor akan bertambah dari semasa ke semasa.Produk-produk yang disenaraikan bukan sahaja dari dalam negara, bahkan bahan-bahan yang diimport dari luar.

Dengan itu, pengguna hanya perlu memuat turun sijil halal daripada HVE tanpa perlu bersusah-payah menghubungi pihak pengilangan dan pembuatan bahan-bahan tersebut. Ini bukan sahaja membantu para pengguna membuat pilihan yang lebih selamat dan bersesuaian dengan syarak, malah membantu pihak JAKIM untuk memantau kesahihan sijil halal premis, perkhidmatan, dan hasilan dengan lebih teratur dan efisien.

Mengikut kata ketua eksekutif DagangHalal Group, Mohamed Hazil Mohamed Hussain, mereka menyasarkan untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat sehingga 10,000 dalam tempoh dua puluh tahun lagi. Pada masa ini 260 buah syarikat telah menyertainya.

Terdapat 73 buah organisasi pengesahan halal yang diperakui oleh JAKIM, iaitu 53 buah organisasi bukan kerajaan dan 20 lagi dibawah kerajaan. Daripada keseluruhan 73 organisasi tersebut, 26 badan persijilan halal luar negara telah bersetuju untuk memberi senarai bahan-bahan yang telah mereka beri pengesahan kepada HVE supaya dapat membantu para pengguna untuk menyemak pengesahan halal bahan-bahan yang ingin mereka guna.

Mengikut perjanjian tersebut, kesemua 26 badan pengesahan tersebut boleh memuat naik sijil-sijil halal dan maklumat bahan-bahan yang telah disahkan secara satu per satu atau secara pukal.

Kepada sesiapa yang ingin mendapat kemudahan capaian HVE, mereka haruslah mendaftar di laman web: www.halalverified.com

Kata Mohamed Hazil lagi, ini dapat membantu industri produk dan bahan-bahan halal menjadi lebih mudah dan meningkat proses eksport bahan-bahan tempatan yang disahkan halal. Beliau berkata lagi, kesukaran utama untuk mengesahkan persijilan halal adalah proses memantau dan memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut. Lebih menyukarkan lagi apabila para pengilang dan pemohon pengesahan ingin mengubah nama produk, jenis produk, serte mengemaskini tarikh luput sijil.

Tambahan pula, dengan kemudahan HVE, masalah-masalah seperti sijil yang dipalsukan dapat dielakkan kerana ia mempunyai ciri keselamatan seperti Quick Response Code (QR Code). Ditambah jugasetiap sijil yang dimuatnaik akan dipastikan jelas dan boleh difahami oleh penguatkuasa JAKIM. Tarikh luput setiap sijil boleh dilihat tetapi tidak untuk dimuat turun bagi mengelakkan pemalsuan sijil.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Keselamatan diperketatkan ladi dengan proses mengisi kata laluan pada dua peringkat, pertama pada fail ZIP, kedua apabila membuka fail PDF. Kemudiannya akan ada watermark nama syarikat pemohon serta sebab permohonan. Akhir sekali, bagi kemudahan para pengguna, aplikasi HVE QR Code checker boleh didapati sebagai aplikasi telefon pintar untuk semua platform utama.

Penggunaan teknologi dan kemudahan HVE ini amat berguna kerana ia boleh diakses di mana-mana dan boleh mendapatkan informasi bila-bila sahaja. Ini berbeza dengan kaedah lama dimana ia boleh rosak atau hilang apabila dihantar melalui surat atau faks.

Buat masa ini, HVE boleh juga dicari dan telah berada di Windows Store sebagai salah satu aplikasi Windows 8.1 dan Windows 8.

Kesimpulan:

  •   HVE- Halal Verified Engine
  •   Digunakan untuk menyemak, memohon, serta memperbaharui sijil-sjil pengesahan halal.
  •   Setakat ini, ada 100,000 produk tersenarai, 260 syarikat terlibat, dan 73 perbadanan pengesahan sijil halal menyertai
  •   53 daripada perbadanan tersebut adalah perbadanan bebas (bukan bawah kerajaan), dan 26 daripada keseluruhan adalah perbadanan pengesahan halal negara luar yang diperakui oleh JAKIM.
  •   Menggunakan teknologi QR Code untuk semakan melalui aplikasi telefon pintar dan tidak boleh memuat turun tarikh luput sebagai ciri-ciri keselamatan.
  •   Boleh diakses pengguna biasa dan pemohon sijil pengesahan halal.
  •   Pertama di dunia, dihasilkan oleh DagangHalal Bhd syarikat Malaysia, dilancarkan pada 11 Disember 2013.

hve 04HVE 05HVE 01

Sumber:

  1. Mohamed, Harizah Hanim, BERNAMA, ‘Use of Halal Verified Engine Expected to Rise’, 15 Januari 2014, url:http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsperspectives.php?id=1007464
  2. Enterprise IT News, System & Apps, ‘JAKIM and DagangHalal launch Halal Verified Engine’, 17 December 2013, url:http://www.enterpriseitnews.com.my/news/systems-apps/item/3123-jakim-and-daganghalal-launch-halal-verified-engine.html.
  3. DagangHalal, Youtube, ‘Halal Verified Engine (HVE) Mempercepat Proses Permohonan Sijil Halal’, url:http://www.youtube.com/watch?v=Gtly0bfhTYI

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.