Nota Syukur di dalam Kotak Syukur
Setiap hari, pastikan anda bersyukur kepada Allah s.w.t. Bagaimana caranya? Ikuti aktiviti menarik berikut:
1. Sediakan sebuah kotak bersaiz sederhana.
2. Tuliskan nikmat paling besar yang anda peroleh pada hari itu di atas sehelai kertas.
3. Lipat kertas itu dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil mengucapkan lafaz hamdalah atas nikmat yang diberikan oleh Allah.
Contoh” “Alhamdulillah, hari ini Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat menyiapkan laporan ini tepat pada masanya.”
4. Tarik nafas, tenangkan diri dan hayatilah nikmat yang telah berlalu itu dengan hati yang bersyukur. Jangan lupa tingkatkan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah.
5. Ambil masa sekali seminggu dan sebulan sekali untuk membaca kembali koleksi nota syukur anda.
Jika anda dapat lakukan langkah di atas secara berdisiplin, maka anda telah mengaplikasikan ketiga-tiga unsur dalam syukur iaitu:
1.Bersyukur dengan hati.
2.Bersyukur dengan lidah.
3.Bersyukur dengan anggota badan