Pelihara Kucing Hindari Dosa

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
hadiscat

Pada suatu hari, rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud :”Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”

Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)

Dalam huraian hadis ini, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa penafian iman dalam sabda Baginda “tidak beriman” mempunyai dua tafsiran:

Pertama: Orang yang menganggap perbuatan menyusahkan jiran adalah halal.

Kedua: Menafikan kesempurnaan iman seseorang akibat sikapnya sentiasa menyusahkan jirannya.

Ibn Battal pula menegaskan, hadis ini memberi penekanan terhadap penjagaan hak-hak jiran kerana Rasulullah s.a.w. telah mengulang-ulang sumpah Baginda sebanyak tiga kali.

Manakala dalam kitab Fath a/-Bari, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani meriwayatkan ulasan menarik daripada Ibn Abi Jamrah berkenaan hadis ini. Beliau berkata:

“Sekiranya ditegaskan sedemikian rupa agar seseorang menjaga hak-hak jiran yang berada di sebelah dinding rumahnya dan dijauhkan mereka daripada sebarang mudarat, sepatutnya dia mestilah lebih menjaga kedua-dua jiran yang tidak terhalang oleh dinding (yakni kedua-dua malaikat yang sentiasa berada di sisi manusia untuk mencatat amalan mereka). Sesungguhnya apabila seseorang melakukan ketaatan, maka kedua-dua malaikat tersebut akan bergembira dan sekiranya melakukan maksiat, mereka akan bersedih.”

Betapa besarnya ancaman terhadap seorang yang menyusahkan jirannya sehingga dia terganggu dan tidak aman dalam kehidupan sehanannya.

Dosa daripada Memelihara Kucing

Sebenarnya begitu banyak tindakan dan perangai buruk seseorang yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya.  Antaranya seperti membuang sampah atau meletakkan kenderaan di kawasan rumah jiran sehingga menganggu laluan keluar  masuk ke rumahnya, terlalu bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran, menanam pokok dan membiarkan daun-daun jatuh lalu menjejaskan keindahan kawasan rumah jiran, mengumpat, menoela, memfitnah jiran
dan pelbagai lagi perbualan yang melayakkan seseorang termasuk dalam ancaman Rasulullah s.a.w. seperti yang terdapat dalam hadis di atas.

See also  BUMI - EARTH

Dalam isu kali ini, penulis hanya memfokuskan perbualan yang boleh mengganggu arau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara kucing adalah harus, Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan “nafkah zahir dan batin” kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan. Tidak cukup dengan itu , dosanya bertambah apabila mengganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Tanggungjawab Semasa Jiran

Membiarkan kucing peliharaan kita menjadi pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai ‘tandas rasmi’ adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan kita  bebas keluar dan masuk  ke rumah jiran “tanpa izin” sehingga menyebabkan jiran terganggu  juga satu dosa besar . Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya  mengalir ke halaman rumah  jiran dengan
mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dahm perbuatan rmenyusahkan jiran.

Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi  makanan kepada kucing-kucing Iiar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar “berkampung” di sekitar rumah-rumah jiran , juga dianggap satu dosa
sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu. Memberi makanan kepada kucing tersebut niat yang baik, tetapi ia negatif dari segi implikasinya. Demikian juga perbuatan sengaja membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan, ia juga dianggap satu dosa kerana menyusahkan orang lain.

Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.
Mencontohi Abu Hurairah

Namun  artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing , bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka dengan pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w.

See also  Nilai Secawan Teh

Apabila menyebut tentang memelihara dan suka akan kucing , sudah pasti nama Abu Huraiah r.a. terlintas di benak kita. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat suka kepada anak-anak kucing. Gelaran ‘Abu Hurairah’ yang diberikan
oleh Baginda kepadanya merupakan satu ikrar (pengakuan) terhadap keharusan memelihara kucing. Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan beliau menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, sesiapa yang ingin mencontohi hobi Abu Hurairah ini wajib baginya untuk menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada dicerobohi.

Dalam sepotong hadis lain, RasuIullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta jirannya.” (Riwayat al-Bukhari no. 5669 dan Muslim no. 6854)
Demikian hebatnya Islam mementingkan penjagaan hak jiran sehingga malaikat Jibrail begitu kerap mengingatkan Baginda s.a.w. mengenainya dan menjadikan pencerobohan terhadap hak-hak jiran sebagai suatu tanda ketidaksempurnaan iman seseorang.

– USTAZ SYED MOHD NORHISYAM

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
39 comments… add one
  • Amir Link Reply

    betul jugak kan..ingat bela kucing nak dapat pahala, tapi kita lupa yg kucing kita lepas bebas tu mungkin dah menyusahkan jiran 🙂

  • Mohd Saad Shahabudin Link Reply

    Salam,Selamat Hari Raya Idul ADhha. Ana harap jika ada apa pun info /artikel menarik /permaslahan fiqh /musykilat ke? tolong hantar dalam emel ana. Ana sangat berminat .Syukran jazilan

  • betul tu.dalam kita beramal pun, kadang kadang kita tak sedar kita beramal sambil menganiaya makhluk lain
    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

  • cikju Link Reply

    Assalam… nk tanya mcamna kalau kite brla kucing….kite mmg tunaikan hak2 kucing yang sepatutnya…mkn minum tempat berak tempat tdr…..cuma sesekali sahaja kucing berjalan bebas…. tapi mcmna bebas pun kucing saya x berak sepah2…tapi jiran yg x suka kucing tuduh kucing saya berak kat rumahnya tanpa bukti….sedangkn byk kucing liar di kwsn perumhn….ap patut saya buat? Perlu ke sy kurung 24jam kucing sampai menafikn hak kucing untuk hidup bebas…

    • cikji Link Reply

      kucing liar dtg sbb mencari awek (kucing yg awak bela). kucing jantan ler yang suka pancut ke kereta ke kasut…nk pegi keje tgk2 kasut kene kencing kucing

  • Any Jef Link Reply

    Article yg bagus tapi tak cermat. Berikan panduan bela kucing dan layanan manusia yg tidak bela kucing jika kucing ‘datang’ ke rumah mereka. Sbb kucing bukan mukallaf bukan? Jgn salahkan pembela saja, tapi bagi yg x minat kucing dan cara mereka melayan kucing juga.

    Jika pendapat spt ini disalah ertikan. Maka ramai la manusia tidak akan bertggjwb kpd kucing. Hadis perlu dilihat dari semua sudut, bukan hanya pd persepsi sempit.

  • Linameow Link Reply

    Sy sokong.article ni mcm x ikhlas n bias tp berselindung menggunakn hadis yg tidak dikupas dan diteliti.perkataan digunakan tdk neutral

  • Meowlover Link Reply

    Kadang2 ada kucing Jiran yg kencing merata2 da la m Kawasan rumah sy Sbb nk tanda Kawasan…tp nk buat macam mana…halau je lah…takkan sy nk marah Jiran sy pulak…

  • mrs meow Link Reply

    Takkan laa nak kurung kucing 24 jam bagi mengelakkan kucing2 nie datang ke rumah Jiran . Kucing ad kebebasan dia sendiri gak.

    • cici Link Reply

      Kan…. article ni mcm berat sblh pun ada juga.. kalau kurung kcg, boleh menyebabkn dia stress, dosa juga. Lg satu, kalau ada kcg luar minta makan.. xkan nk biar kcg2 tu kebulur, tu lg la berdosa, sbb manusia je tmpt kcg tu utl dptkn makanan walaupun rezeki tu dr tuhan, tp melalui manusia allah beri rezeki tu utk kcg. Hbs tu kalau xboleh bg kcg luar mkn sbb xnk ganggu jiran, ape nk buat?? Biar kcg tu mati kebulur?? Buang kcg tu kat rmh org lain plk.? Buang kcg tu dlm hutan?? Masak kucing tu jd lauk 3rasa.?? Lg lah berdosa

  • Uncle z Link Reply

    Article ni mcm berat sebelah je

  • Saad Link Reply

    Artikel ini patut menjelaskan kemana kucing kucing yg tidak lagi mahu dipelihara oleh tuannya kerana takut menggangu jiran. Patutkah ditinggalkan dikawasan pasar atau kawasan kedai kedai makan.Jika tidak boleh kemana nak di hantarkan.mohon beri pandangan yg tidak jatuh berdosa pd tuan pemeliharam

  • Rendra Regen Link Reply

    Kenapa nak contohkan kucing? Seolah ada suatu yg selalu salah dengan kucing. Tak nak pelihara kucing pun, apabila mengganggi jiran pun kena dosa. Apa pasal nak contohkan kucing?????

  • betul lah tu, jdi buang kucing salah, pelihara pun slh jga, law mcam ni kasian lah para binatang selalu di slah kan, dan apa gunanya allah menciptakan para hewan yg selalu berdampingan dngan manusia itu di bilang dosa. menurut sya tdk menjanjikan.

  • harun Link Reply

    ko ni betol2 bleh aku kata sesat. suka hati k jao je bg hadis sekerat.. sjahat jahat aku, aku xtergamak nak naya haiwan.. tp manusia mcm ko ni yg btol2 celaka. ko ingt dunia ni allah cipta untk ko je ke manusia

  • labang Link Reply

    pala btoh ang’ sjahat2 aku.aku xsngup nk naya kucng. pasai ni la aku benci org yg baik2 tp zalim

  • Misskay Link Reply

    Dari satu aspek memang ada betulnya, tak baik menyusahkan jiran..tapi jiran yang rasa terganggu disebabkan kucing tak pulak berdosa ke? come on la penulis artikel, at least seru atau ajak manusia manusia lain supaya bersihkan hati dan buang sifat yang tak suka sangat dengan kucing tu. Dpt pahala free saham akhirat. Memang najis kucing busuk yang amat tapi kita ni manusia, dunia ni bukan kita yang punya, kucing tu makhluk Allah jugak, kalau dia nk berak ke kencing ke janganlah nk caci maki..dunia ni pun tempat tinggal dia jugak..jiran yang nk marah2 jiran yg lain disebabkan perangai kucing tu korang ingat nanti tak disoal ke kt sana nanti? itu ujian dari Allah so kalau korang marah means korang marah Allah la kan. And untuk yang bela kucing memang betul haruslah buat sehabis baik untuk tak mendatangkan apa apa masalah terhadap jiran. Sediakan litter box di luar rumah, kucing ni makhluk yg bijak kalau diajar, bila dh train untuk gunakan litter box yg kita sediakan kt luar rumah tu at least kuranglah sikit rumah rumah jiran yang jd tandas kucing..tapi kucing tetap kucing..kadang kadang berak ikut suka dorang jugak..hahaha..tapi nk buat macam mana..jgnlah kita nk mengkeji..bawak bawaklah tanamkan dalam hati tu sifat yg mulia..pahala pun dapat..

  • Misskay Link Reply

    And one more thing untuk tuan penulis artikel, hati hati dalam menggunakan hadis ye apabila nk berhujah, sebab kalau mendatangkan salah faham untuk orang lain, kita tanggunglah dosa orang lain yg buat ikut kupasan hadis yg kita tulis tu yer..contoh di sini awak guna hadis Rasulullah S.A.W tentang tak sempurna iman seseorang jika susahkan jiran, then awak kaitkan tentang jiran yg bela kucing..sedar tak awak jika ada reader yg salah faham kononnya Rasulullah tak bagi manusia bela kucing sebab dianggap tak sempurna iman snb dh susahkan jiran..and sebab your misguided article ni org dh takut nk bg mknan dkt kucing terbiar..sebab kononnya dr article yg awak tulis ni org yg membaca tu faham yg Rasulullah S.A.W tak bagi kita kesian pd kucing2 yg terbiar without tuan..and bila that someone ditanya eh apesal kau taknak bagi mknan dkt kucing yg terbiar tu, that someone jawab aku taknak bagi mknan dkt kucing tu sebab aku ade baca satu article ni siap ade hadis Rasulullah S.A.W lagi untuk kukuhkan inti pati article tu………..you get me dude? so tak pasal kau dah smpaikan ajaran yg salah..and tanggunglah dosa yg teramat besar ye bila kita dh smpaikan ajaran yg salah dan umpama memfitnah nabi kita bila kita kononnya cakap yg nabi pesan macam ni macam tu tp sebenarnya bukan macam tu pun..so saya rasa better you edit this article before you continue to inform this misleading info about our P.B.U.H prophet Muhammad ok?

  • Sony Link Reply

    Aku sayang kucing, seekor ibu kucing yang aku bagi makan sejak 1 tahun 4 bulan dan dah 2 kali lahirkan anak.

    Anak2 pertama 4 ekor comel sangat tapi tiba2 hilang, pastinya jiran dah buang entah kemana.

    Kemudian dia beranak kali ke 2 dapat 3 ekor,bila dapat aku jaga dan bela, pasti kan ada makan tempat tinggal dan berak dengan ibunya sekali. Masa kecik2 boleh lah dikurung tapi bila dah usia lebih 2bulan anak2 kucing nak bebas, tak sanggup nak tengok dia terkurung dalam sangkar, mintak keluar. Kalau dibebaskan bimbang masuk rumah jiran. Tapi terpaksa lepaskan jugak ya memang dia ada masuk dalam rumah jiran2, sekadar nak main.

    So dosa ke aku? Jiran2 aku ramai cina memang tak suka kucing2. So nak tak nak terpaksa aku iklankan dalam Mudah.com utk beri pada yang berminat. Alhamdulillah ada yang nak bela.

    Tapi bila dah beri pada orang, hati punya lah sedih giler, bila ibu dan anak2 kucing dah tak ada mula lah ingatkannya selalu, kdg2 menyesal bagi orang.

    Tapi disebabkan tak nak gaduh dg jiran aku terpaksa bagi orang lain. Kesian kucing2 aku, cara jaga kita tak sama dg orang, anak2 kucing tu pun dah jinak sangat dg kita. Sedih.

    Bila baca artikel diatas, aku pun rasa ada yang tak kena…..

  • eboe Link Reply

    artikel ga bermanfaat, dan ajaran yang salah.

  • Khairul Link Reply

    Tak betul ni pendapat ni.. Kalau mcm tu nampak kucing jgn bag makan sbb nanti menyusahkan jiran. Orang tak suka kucing mmg mcm tu la pendapatnya

  • zaid Link Reply

    atikel ni nk kita biarkan kucing merempat kelaparan dan terus menyelongkar tong2 sampah..!!!
    mgkin org yg tulis atikel ni x terfikir..apabila ada kucing liar yg kelaparan datang kerumah kita ..itu maknanya Allah nk beri pahala pd kita melalui kucing itu kalau kita memberi makan walaupun sedikit..kerana dalam rezeki yg kita dapat ada hak2 untuk haiwan yg memerlukan bantuan kita..

  • byk yg mensalah ertikan artikel ini walhal jelas maksud dan tujuannya.

  • Fazida Link Reply

    Maaf saya katakan bahawa artikel yg d siarkan ini membawa kepada kesan yang buruk terhadap masyarakat. Sekiranya yang membacanya memang berpengetahuan luas lagi berilmu tinggi mungkin tidak akan sesat, tapi jika sebaliknya? Sudah jahil di hidangkan lagi dengan ilmu yang menyesatkan pemikiran, maka makin buruklah akibatnya. Adakah anda pernah mendengar kisah benar seorang ahli abid yang Allah campakkannya ke neraka akibat tiada perasaan kasih sayang terhadap haiwan? Adakah anda pernah mendengar seorang yang hidupnya penuh maksiat tapi mempunyai hati yang penuh belas ihsan dan kasih sayang terhadap haiwan? Mengapa Allah swt memberi hukuman walaupun hanya di sebabkan oleh haiwan? Saudara, pada haiwan ada pahala dan dosa yang Allah janjikan untuk mereka yang berbuat buruk atau baik terhadapnya..jangan tafsir quran dan hadis mengikur selera sendiri!!!!

  • Fazida Link Reply

    Sebelum menulis apa2 artikel yang meracuni pemikiran pembaca, sila rujuk kepada orang yang lebih arif tentang huraian sesuatu hukum atau maksud sebenar kalamullah iaitu alquran mahupun hadis yang sahih, jangan siarkan artikel yang tidak pasti tentang kebenarannya. Usahkan kucing haiwan kesayangan rasulullah saw, anjing kurap di tepi jalan pun saya sudi beri makan. Mungkin saya tidak hebat amalan seperti saudara, tapi Allah berikan saya sekeping hati yang penuh kasih sayang..dan ketahuilah, sesungguhnya Allah menempatkan hambanya ke syurga bukan kerana banyak amalannya tp kerana rahmat dan kasih sayangNya…

  • Keramat Link Reply

    Hmmmm,,,, banyak nyerr komen pemikiran guna kepala lutut

  • dandy Link Reply

    article sampah!!, Memelihara Kucing Mendapatakan PAHALA

  • Gee Link Reply

    Buang kucing kat kedai makan kan sesuai at least makanan yg berlebihan daripada buang dlm tong sampah kan lagi baik bg kucing?tuan kedai dpt ganjaran pahala juga..ada pikir tak..

  • Wat I care Link Reply

    Artikel smpah n mngarut. Nmpk sgt yg tlis ni anti kucing. Mohon dlete. Sakit ati aku bce. Duk cter dosa sbb nyusahkn jiran. Setahu aku kalo bela kucing n xbg mkn pun buleh brdosa. X rawat kucing yg sakit pun brdosa. Sdangkn bg mkn kat kucing dpt pahala. Ni dah trbalik aku bace. Mngarut betoi artikel ni. Dah mndorong org yg anti kucing utk smakin mmbnci kucing. Kucing la haiwan yg akn bntu kmo esok2 jika kmo prnah brbuat baik pd nya smasa ats dunia.

  • Love cat Link Reply

    Kalau ujian tuhan yg sekecik ni pun x blh nk hadap ape lagi kalau ujian yg besar2.kita sebagai khalifah dibumi Allah .kita wajib menjaga semua bends yg hidup di muka bumi ini.kerana kita saje yg dianugerahkan akal Dan fikiran.

  • Siti Maftuhah Link Reply

    Artikael gak bermutu..
    kita yang menyayangi kucing berdosa bila tetangga gak menyayangi begitu. karna di anggap mengganggu mereka..
    jgn meracuni pecinta kucing.. setau saya ada pahala disetiap yang bernyawa. apalagi kucing juga kesayangan Nabi Muhamad SAW.
    Lagian kita sebagai pecinta kucing gak pernah memaksa tetangga atau orang lain untuk menyayangi seekor kucing juga..
    Artikel gak jelas melihara salah karena bisa aja kita dosa karna membiarkan orsng sekitar terganggu dengan keberadaan kucing. Di buang juga salah.
    Dan menurut saya seorang cat lovers tidak akan pernah membuang kucing nya

  • Nui Link Reply

    Yang bikin artikel sepertinya tidak menyukai kucing..aku juga ga terlalu senang dengan kucing.. tapi aku tidak sependapat dengan artikel ini.. artikelnya Hoax!!!!

  • Taufiq Link Reply

    ➡Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

    ➡Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai” (HR. Bukhari

  • Taufiq Link Reply

    Keistimewaan Kucing

    Nabi menekankan di beberapa hadits bahwa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

    Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

    Fakta Ilmiah 1

    Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

    Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

  • Aida Link Reply

    Ada betulnya apa yang ditulis dalam artikel ni. Tapi cuba fikirkan masak2, kucing ni makhluk Allah juga, dia ada hak hidup di muka bumi ini. Manusia dan kucing sama-sama musafir di bumi Allah. Yang jiran tu janganlah kedekut sangat, kucing nk menumpang hidup sahaja. Dia nak makan jugak. Kalau bukan kita manusia ni bagi sedikit makan, nk suruh hantu jin yang bagi ke? Kesianlah mengiow minta makan, takkan nak tengok je, biar kucing tu mati kebuluran? Bagilah sisa makanan pun jadilah. Lagipun, kucing tu tolong halau tikus dari kawasan rumah, halau ular, tolong doakan kita. Kalau kucing tu buat masalah, cuba bincang baik2 sesama jiran. Bukan menuduh, walhal itu meruakan kucing liar dan semua kejiranan ada tanggungjawab bersama!

  • Aida Link Reply

    Memang ramai jenis jiran macam ni. Kucing ni makhluk Allah juga, dia ada hak hidup di muka bumi ini. Manusia dan kucing sama-sama musafir di bumi Allah. Yang jiran tu janganlah kedekut sangat, kucing nk menumpang hidup sahaja. Bawak berbincang elok2 kan senang…

  • Hans Link Reply

    Kucing x salah.. yg salah manusia bela kucing ke tidak ke ade tgjawab masing2.. nasib baik tikus bkn belaan.. if tidak tikus sape yg berak kencing kat umah aku hahahaha..

Leave a Comment

Cancel reply