Pilihlah Untuk Senyum

ketawa manisSemua insan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. kenangan manis dan pahit sudah menjadi lumrah untuk hadir dalam kehidupan manusia. Indahnya kenangan tersebut kerana ia mampu membuat kita mengukir senyuman ketika mengimbas kembali memori tersebut.

Dan lebih hebat lagi apabila kita mampu tersenyum walaupun kenangan tersebut amat pahit untuk dijadikan kenangan. Mengapa aku tersenyum?

  • Senyuman mampu membuat keceriaan kembali
  • Ternyata senyuman itu memang sesuatu yang berharga kerana ia mampu menggembirakan hati kita. Percayalah, senyuman mampu membuat kehidupan lebih indah. Ingatlah memori yang indah sudah pasti anda akan turut tersenyum dengan sendirinya.
  • Senyuman adalah sedekah
    Semua orang tahu senyum adalah sedekah dan paling mudah untuk dilakukan. Jika ia mudah kenapa susah untuk melakukannya? Jika ia sedekah kenapa masih kedekut untuk mengamalkannya? Kenapa susah kan perkara yang mudah? Jawapannya anda sendiri yang tahu
  • Mampu membuat orang gembira
    Dengan sebuah ukiran senyuman sudah mampu membuatkan si dia gembira. Lihat, betapa besarnya dan indahnya senyuman. Malah, jika anda senyum dengan orang yang anda tidak kenal juga ia sudah menunjukkan yang anda seorang pemurah. Dengan itu, orang sekeliling akan senang ketika bersama anda.
  • Senyuman menunjukkan anda kuat
    Jika anda menghadapi masalah atau dugaan yang berat, tabahkan hati untuk menghadapinya dan tetap lah ukirkan senyuman. Senyuman menandakan anda masih kuat untuk menempuh perkara yang mendatang. Dan senyuman menunjukkan anda seorang yang kuat dan tidak mudah berputus asa. Pilihlah untuk senyuman.
  • Dihormati masyarakat
    Meskipun anda sudah berjaya, tidak perlu sombong dan angkuh tetapi ukirlah senyuman dengan orang sekeliling anda. Andaikan anda seorang bos, tetaplah ukirkan senyuman dengan pekerja anda. Ia akan membuatkan mereka selesa dan menghormati anda.

3 Comments

  1. senyum itu sedekah
    mudah je untuk senyum
    kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *