Rasulullah dan Taif

DSC02230

Lihat sikap Baginda s.a.w. ketika Baginda keluar berdakwah ke Taif pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian. Sejurus sampai di Taif, Baginda dihalau keluar, dimaki hamun malah dilontarkan batu. Keperitannya sangat dirasai sehingga kasut Baginda dipenuhi dengan darah akibat lontaran batu oleh orang bodoh dan khadam-khadam yang berada di sana.
 
Ketika pulang ke Makkah, Allah s.w.t. menghantar Jibrail bersama malaikat penjaga gunung. Jibrail meminta Baginda s.a.w. mengarahkan sahaja malaikat penjaga gunung agar menghempaskan dua buah bukit ke atas penduduk Taif. Lalu apakah tindakan Baginda? Adakah Baginda memerintahkan malaikat gunung untuk melakukannya? Tidak sama sekali.
 
Sebaliknya Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Malah aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang yang akan menyembah Allah tanpa mensyirikkannya dengan sesuatu.” (Sahib al-Bukhari no. 458 dan Muslim n0.109)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *