Khasiat dan Kelebihan Bunga Roselle

roselle, roselle kering,jus roselle,kebaikan roselle

Pokok Roselle atau dalam perubatan ianya dipanggil Hibiscus Sabdariffa L, merupakan tanaman beriklim tropika dan subtropika yang tumbuh mekar ai boleh berkembang sepanjang tahun. Ramai yang kenalinya sebagai asam paya atau asam susur. Pokok ini boleh ditanam melalui benihnya atau keratan batangnya mengikut jenis-jenisnya.

Di Malaysia, tanaman ini sangat popular di daerah Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Pada masa yang sama ada juga mekar di bahagian selatan seperti di Johor. Pelbagai kajian telah dibuat bagi mengenalpasti kandungan dan zat-zat yang tersimpan di dalam buah roselle atau bunga roselle. Pada kali ini, kami akan kongsikan serba sedikit mengenai khasiat & kelebihan Roselle.

Pokok Roselle merupakan tanaman yang mudah hidup & senang dijaga. Dengan pembajaan yang baik, Roselle yang ditanam boleh membesar sehingga 3 meter tinggi & akan berbuah setial tahun. Lazimnya, salut buah roselle yang paling memberi manfaat & paling banyak mengandungi nutrisi yang baik.

Kajian turut membukti bahawa meminum air rembesan daripada buah Roselle mengdungi pelbagai khasiat antaranya ialah tinggi dengan vitamin C seperti asid askorbik, asid malik & juga antosianin. Ia juga berkhasiat dengan antioksida yang boleh membantu melancarkan peredaran darah.

Air rendaman daripada buah Roselle boleh diperoleh dengan cara menyingkirkan lapisan dalam buah nya, manakala penyalut buah tersebut diambil untuk dihasilkan sebagai makanan tambahan. Pelbagai produk di pasaran juga ada mengandungi Roselle seperti jem roti, bahan membuat kek, kordial ataupun halwa. Selain itu, anda juga boleh memproses sendiri buah roselle dari rumah untuk dijadikan sebagai jus & rasanya juga sangat manis.

Terdapat beberapa manfaat yang boleh diperoleh dengan mengamalkan jus roselle. Bukan sahaja ianya mengandungi nutrisi yang tinggi, malah ia juga merupakan diet yang disarankan oleh pakar perubatan khususnya untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Kandungan vitamin C yang tinggi boleh meningkatkan pemprosesan hormon & juga meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Selain itu, ia juga sangat membantu dalam penghadaman yang mana sangat membantu sistem pencernaan dalam mencerna makanan dengan baik & pada masa yang sama mengurangkan risiko seseorang untuk mengalami sembelit yang boleh membawa kepada buasir.

Roselle juga dikategorikan sebagai penawar semulajadi, disamping membantu dalam mencairkan kahak ia juga merupakan ubat batuk semulajadi yang tidak menyebabkan ketagihan & mengantuk. Meminum air roselle juga banyak membantu menyelesaikan masalah toksin dalam badan melalui proses perkumuhan & meningkat kelenjar usus kerana ianya juga berfungsi sebagai tonik. Oleh itu, jelaslah bahawa ia juga boleh mencegah keradangan usus perut & mengurangkan risiko pembentukan batu karang.

Sekiranya anda pesakit diabetis atau individu yang berisiko untuk mendapat diabetis, anda boleh juga mengamalkan meminum roselle untuk mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam badan. Tambahan pula, tingginya kandungan fruktosa di dalam buah roselle juga banyak membantu dalam mengimbangi berat badan & pada masa yang sama bertindak sebagai nutrisi organik untuk meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.

Ada juga kajian yang mendapati bahawa roselle berkebolehan untuk mencegah penyakit kanser. Kanser merupakan ketumbuhan di dalam salur darah yang terlalu lama menyebabkan ianya membeku & mengalami pembengkakan. Dengan sistem peredaran darah yang lancar, penyakit ini dapat dicegah sepenuhnya.

Namun begitu, adalah dinasihatkan juga supaya jangan bergantung sepenuhnya kepada buah roselle. Ianya hanya nutrisi tambahan yang memberi khasiat yang lebih kepada badan. Jika anda mahukan kehidupan yang sihat & cergas, adalab lebih digalakkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Tips content Tik Tok

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.