Samsung Gear S Baharu

samsung galaxy s gear priceKini dengan 3G dan wifi. Memperkenalkan Samsung Galaxy S Gear baharu. Kekal aktif kemana sahaja tanpa perlu sentiasa memegang smartphone anda. Kenapa? Kerana Samsung Galaxy S Gear meeupakan sebuah jam tangan mudahalih yang menghubungkan antara smartphone Samsung anda dengannya menggunakan perisian Bluetooth.

Produk ini pastikan akan memberi keselesaan di samping mengekalkan gaya yang elegen. Gear S dilengkapi dengan rekabentuk yang mewah, paparan mudahalih AMOLED, plat luaran yang unik dan kukuh seperti tahan panas dan tidak mudah pecah apabila jatuh dan juga strap getah yang boleh ditukar warna. Strap Gear S mempunyai dua warna asli yang elegen iaitu hitam dan putih.

Dengan paparan skrin yang melengkuk dan mudah dikendalikan. Semuanya hanya dalam bentuk skrin sentuh dan amat mesra pengguna. Kini membaca pesanan ringkas daripada smartphone anda menjadi lebih mudah dengan paparan skrin 2 inci yang unik daripada Gear S. Selain itu, membuat panggilan juga menjadi lebih mudah kerana Gear S dilengkapi dengan sistem penerimaan suara dan tidak perlu lagi menekan atau membuka smartphone anda untuk membuat panggilan. Ya, Gear S juga berfungsi sebagai telefon mudahalih anda cuma sistemnya hanya terbatas kepada beberapa aplikasi sahaja.

Samsung Galaxy S Gear dilengkapi dengan pelbagai perisian mudahalih yang pintar seperti sistem GPS. Mahukah anda menggunakan GPS dengan cara yang paling mudah? Ya, ternyata mudah! Sistem GPS pada Samsung Galaxy S Gear sememangnya akan memudahkan anda untuk mencari dan sampai ke destinasi anda dengan hanya di pergelangan tangan anda.

Dilengkapi dengan sistem notifikasi mudahalih seperti monitor Fitness yang akan sentiasa mengesan tahap kesihatan anda dengan mengenalpasti jarak anda berjalan kaki, kadar degupan jantung dan juga sensor tekanan darah. Perisian ini merupakan pedometer mudahalih yang mesra pengguna dimana segala aktiviti harian anda dapat direkod dengan mudah bagi memastikan anda sentiasa kekal sihat.

Inilah evolusi pengalaman elektronik yang hebat. Gear S membenarkan anda untuk meneroka dunia mobiliti tanpa memerlukan smartphone di hujung jari anda. Perlu diingatkan bahawa Gear S tidak berfungsi sepertimana smartphone anda berfungsi. Walaubagaimanapun, dengan terciptanya Gear S, Samsung sememangnya mendahului dalam memodenkan produk ciptaan mereka untuk menyaingi pasaran global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *