Susu C2Joy

Kolostrum sangat penting untuk manusia. Masih ramai yang sebenarnya tak sedar akan kepentingan kolostrum. Antara manfaat utama kolostrum adalah untuk:

  • Menguatkan sistem ketahanan/antibodi badan
  • Membantu dalam proses tumbesaran manusia khususnya bayi
  • Mengelakkan jangkitan penyakit
  • Memberikan tenaga
  • Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh

Sebab itulah anda sangat digalakkan untuk mendapatkan jumlah kolostrum yang mencukupi dalam diet harian anda. Namun, persoalan seterusnya yang bakal bermain dalam fikiran anda adalah, dimana anda boleh dapatkan kolostrum?

 

Sumber Kolostrum

Kebiasaannya kolostrum boleh didapati daripada cairan pra susu yang dihasilkan oleh lembu betina. Ia biasanya terhasil selepas lembu tersebut melahirkan anak sehingga tempoh 48 jam daripada kelahiran tersebut.

Tahukah anda yang kolostrum lembu merupakan kolostrum yang paling hampir dengan kolostrum manusia? Apa yang lebih menarik adalah kolostrum lembu mempunyai faktor imunisasi sebanyak 4 kali ganda lebih tinggi daripada manusia!

 

Manfaat Lain Kolostrum

Kolostrum mengandungi kombinasi vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh. Didalam kolostrum juga terdapat asid amino yang merupakan asas kepada protein yang akan membantu dalam proses tumbesaran, pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan.

 

Susu dan Kolostrum

Susu merupakan minuman terbaik yang mengandungi kolostrum. Selain itu, ia juga turut mengandungi nutrien lain seperti:

  • Vitamin A
  • Vitamin B
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Fosforus

 

Susu C2JOY – Sumber Kolostrum & Kalsium Yang Diiktraf!

Susu C2JOY merupakan gabungan dua nutrien penting iaitu kolostrum dan kalsium yang menggunakan formula TruCal D7. Ia bukan sahaja diiktiraf dengan berbagai sijil dan turut mempunyai kelulusan halal, ia juga telah dipatenkan secara spesifik.

TruCal D7 ini telah dipatenkan oleh Glanbia Nutritionals dan jenama C2JOY juga telah dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Paten ini memastikan produk C2JOY sentiasa dilindungi undang-undang daripada sebarang produk tiruan.

See also  Pelari Wanita Palestin Olimpik - Keajaiban memang berlaku

Susu Kolostrum C2JOY juga telah melalui ujian makmal dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sentiasa berada pada tahap dan kualiti terbaik. Ia juga untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan sentiasa menepati dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Setiap kajian dan ujian makmal ini juga telah dilakukan dibawah piawaian Food and Drug Administration (FDA) dan hal ini sekaligus membolehkan produk C2JOY dipasarkan ke seluruh dunia.

 

Kelebihan Susu C2JOY

Susu Kolostrum dan Kalsium C2JOY mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular dipasaran. Antara kelebihan atau manfaat susu C2JOY adalah ia mengandungi Immunoglobulin G yang tinggi untuk:

  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Menstabilkan sistem antibodi tubuh
  • Melawan virus dan bakteria
  • Meningkatkan kecekapan tindakbalas sistem antibodi manusia

 

Selain itu, ia turut mengandungi:

 

1.Transforming Growth Factor (TGF)

TGF membantu dalam menguatkan tulang dan sendi. Selain itu, ia turut membantu dalam merawat dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka.

2.Insulin like Growth Factor

Nutrien ini akan membantu dalam menurunkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, ia juga mampu untuk menurunkan kadar kolestrol dan membantu dalam proses pembakaran lemak.

3.Platelet-derived Growth Factor (PdgF)

Nutrien ini pula akan membantu dalam proses reginerasi sel disamping membantu dalam perkembangan sel neuron.

  1. Epithelial Growth Factor – EgF

Seterusnya adalah EgF yang sangat penting dalam proses menyihatkan kulit dan membantu dalam proses untuk membaiki tisu tisu badan.

Kelebihan susu C2JOY tidak dapat dinafikan lagi berdasarkan jumlah jualannya yang sudah mencecah 2 Juta unit sejak ia mula dipasarkan pada tahun 2016. Permintaan sentiasa hangat dan banyak tanpa mengira masa.

Kalau anda berminat untuk merasai sendiri kenikmatan dan kebaikan yang ditawarkan oleh susu C2JOY, anda boleh KLIK SINI.

See also  Misteri HAJARUL ASWAD !! Mengapa Setiap Muslim Mencium Hajar Aswad?
0 comments… add one

Leave a Comment