Tag: Imam Syafie

  • Kemulian Dan Makam Imam Syafie

    Pada suatu hari, Imam Syafi’e Rahimahullah menziarahi Imam Ahmad bin Hanbal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafi’e telah masuk ke bilik tidur yang disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga fajar.

    Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafi’e sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan cara menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafi’e itu seorang ulama’ yang sangat alim. Sebaliknya apa yang aku perhatikan banyak perkara yang tidak menggambarkan ianya seorang yang benar-benar alim.”

    Imam Ahmad sangat terkejut mendengarnya lalu ia bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku. Mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab, “Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya wahai ayah. Pertama, waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak solat malam, sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, ia solat Subuh tanpa berwudhuk.” (more…)

  • Cara Mengenal Barangan Kulit Babi ( Kulit Khinzir )

    Kulit Babi

    Kulit Babi

    Dimasa kini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.

    Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. (more…)