Tag: Kaherah

  • Presiden Baru Mesir

    ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat ilahi atas kemenangan Dr. Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang baru selepas revolusi januari 25 2011.Semoga dengan kemenangan ini akan menyuburkan kembali kegemilangan ISLAM di bumi Mesir.

    Keputusan Rasmi Pilihanraya Presiden Mesir

    Dr. Morsy : 13,230,131 (51.73%)

    Ahmad Syafiq : 12,347,380 (48.27%)

    Kemenangan ini disambut dengan rasa syukur oleh seleuruh rakyat Mesir terutama rakyat yang sudah lama mengimpikan pemerintahan baharu, ingin keluar daripada jajahan kuku besi Husni Mubarak,malah turut mengimpikan Islam kembali didaulatkan di bumi Mesir.

     BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI

    Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

    Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

    Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

    Dunia Maklumat

  • Hidayah Bapa Dari Seorang Anak Muallaf

    Setelah Menolak Islam Selama 23 Tahun Akhirnya Ayah Saya Wafat sebagai Muslim

    Abdur Rahim Green seorang mualaf menjelaskan bagaimana hari-hari terakhir ayahnya di hospital sebelum dia akhirnya meninggal dunia.

    Green adalah bekas Pengarah Barclays Bank di Kaherah, dan puteranya Abdur Rahim Green mencari Islam lebih dari 20 tahun yang lalu, dan saat ini menjadi tokoh terkenal di kalangan sarjana Muslim dan pensyarah di Inggeris.

    Sebelumnya Abdur Rahim berfikir bahawa ayahnya tidak akan memeluk islam, namun kehendak Allah, ayahnya Green akhirnya masuk Islam hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal.

    Mengutip sebuah hadis Nabi yang berbunyi:

    “Semoga wajahnya digosok dalam debu (semoga dia menjadi terhina) serta masuk neraka orang yang salah satu orang tuanya sudah mencapai usia tua namun dia tidak melayani mereka.”

    Abdul Rahim Green kemudian mengatakan “Itulah sebabnya mengapa saya memutuskan untuk meluangkan masa saya di sini dengan ibu saya setelah kematian ayah saya.

    Kematian ayah saya adalah sesuatu yang membuat saya sangat bahagia, dan merupakan kisah luar biasa tentang bagaimana hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal, ia diberkati untuk mengucapkan dua kalimat Syahadat.

    Allah SWT hanya menyuruh kita untuk berdakwah dan kita tidak boleh mengubah siapa pun untuk berubah menjadi Islam kecuali dengan izin Allah. Tugas kita adalah untuk menyampaikan dakwah, untuk menjelaskan kepada orang dengan cara terbaik yang kita boleh, hidayah hanya ada di tangan Allah SWT.

    Saya tidak pernah berfikir bahawa ayah saya mengucapkan kalimat Syahadah. Ayah saya adalah seorang ayah yang luar biasa, dia mempunyai personaliti yang luar biasa dan tidak ada yang boleh menggambarkan dia sebagai orang yang buruk.

    Selama 23 tahun, sejak saya menjadi seorang Muslim, saya telah mengajak ayah saya untuk masuk Islam. Dan saya memutuskan untuk memberikan contoh terbaik saya yang mungkin boleh menggambarkan Islam sebenarnya, tentang bagaimana Islam memandang hidup, tentang bagaimana Islam mengajar saya untuk menghormati dia sebagai orang tua.

    Tapi saya berfikir bahawa ayah saya berfikiran sangat tertutup terhadap Islam, jadi saya tidak pernah berharap penuh bahawa ia akan menjadi seorang Muslim.

    Ayah saya telah sakit selama beberapa tahun, dan ibu saya berfikir bahawa ia tidak akan sembuh dari sakitnya. Sebagaimana yang terjadi, beberapa minggu ketika saya kembali dari Inggeris, saya tiba di hospital dan terus pergi menemui ayah saya.

    Saya menatapnya dan saya berfikir bahawa ia boleh mati malam ini. Jadi, saya berfikir, jika saya tidak mengatakan sesuatu tentang Islam, saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri.

    Saya tahu bahawa saya cuba mengajaknya masuk Islam melalui banyak cara. Tapi saya berfikir bahawa saya perlu membuat usaha terakhir.

    Saya telah menghabiskan masa yang lama memikirkan apa yang boleh saya katakan. Bagaimana saya boleh mengatakannya? Apa cara yang tepat untuk mendekatinya? Dia sudah terlalu tenat, jadi saya tidak mahu membuat dia kesusahan, saya tidak mahu membuat dia menjadi lebih marah.

    Sejujurnya saya takut bahawa ia mungkin mengatakan “Tidak,” dan menolak ajakan saya. Dan saya bahkan bimbang bahawa jika ia memang mengatakan Syahadah tetapi tidak masuk ke dalam Islam, kemudian ia sembuh dan pulang ke rumah dan menjadi lebih angkuh tentang Islam, hal itu lebih menakutkan saya.

    Ini benar-benar hal yang sulit. Setiap mualaf yang mempunyai orang tua yang belum muslim, mereka pasti mengalami dilema ini seperti yang saya alami.

    Namun janganlah meremehkan kekuatan dari doa, kerana itu maka ketika saya buntu, saya meminta Allah untuk membantu saya mencari sesuatu untuk dikatakan kepada ayah saya.

    Saat ia berbaring di tempat tidur, saya berkata kepadanya:

    “Ayah! Saya ada sesuatu yang sangat penting untuk saya beritahu kepada ayah, apakah ayah mau mendengarkannya?”

    Ayah saya tidak boleh berbicara dengan baik, jadi dia mengangguk. Lalu saya berkata:

    “saya ada sesuatu untuk dikatakan, jika saya tidak mengatakannya, saya akan menyesalinya”

    Dan kemudian saya mengatakan kepadanya bahawa “di hari kiamat, seorang lelaki akan datang di depan Allah dengan banyak perbuatan dosa serta kemaksiatan, dan Allah akan berkata kepadanya, anda mempunyai sesuatu yang melampaui semua itu.” Dan orang itu akan berkata, “Apa itu Tuhanku ? ” Allah berfirman:

    “Sebuah kenyataan bertulis yang boleh anda buat : Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya. “

    Saya berkata, “Jadi ayah, ini adalah kunci syurga, ini adalah kunci kejayaan dalam kehidupan yang akan datang, bagaimana menurut ayah?”

    Dan ia menganggukkan kepalanya.

    Saya berkata “Apakah itu bererti anda ingin mengatakan kata-kata tersebut?”

    Dan ayah saya berkata “Ya.”

    Dia menginkuti kata-kata yang saya ucapkan, “Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah.”

    Saya harus meninggalkan hospital pada hari itu, kerana hospital mempunyai beberapa peraturan ketat. Saya mengunjunginya pada hari berikutnya, dan dia sudah tidak ingat apa-apa. Dia tidak mampu mengingat satu hal dari sehari ke hari yang lain, bahkan dari jam ke jam yang lain, tapi itu bukan akhir semua itu.

    Tiga atau empat hari sebelum ia meninggal, ayah saya berkata: Tolong, tolong bantu saya.

    Saya berkata, “Ayah apa yang kau ingin saya lakukan?”

    Dia mengatakan “Saya tidak tahu!”

    Lalu ia berkata, “Berikan saya sesuatu yang mudah untuk dilakukan.”

    Saya teringat hadis Nabi: “Ada sesuatu yang ringan di lidah, namun berat di sisi timbangan” Jadi, saya berkata “Ayah jika saya adalah ayah, saya akan terus mengulangi kalimat syahadah berulang-ulang.”

    Dan dia berkata, “Ya, itulah yang ingin saya lakukan.”

    Dan kami menghabiskan setengah jam mengulang-ulang kalimat Syahadah itu.

    Tidak beberapa lama kemudian, saya berangkat ke Inggeris, dan di sana saya mendengar ayah saya telah meninggal dunia. Subhanallah.

    Dunia Maklumat

  • Mesir kempen Untuk Guinness Book of World Records


    Penyokong Dr Mohamed Morsi berkempen Dari Kaherah ke Aswan, Rantaian Terpanjang  Menyokong Morsi untuk Presiden Mesir

    Penyokong Dr Mohamed Morsi untuk membentuk rantaian terpanjang di dunia, dari Alexandria ke Kaherah dan kemudian jauh ke bawah untuk Aswan, sejauh 762 kilometer, untuk menunjukkan sokongan mereka ditentukan bagi calon-pelari depan untuk Presiden Mesir. (more…)