Tag: Solat

  • Cara Membaca Surah Pendek dalam Solat

    solat-560x560

    Jika solat bersendirian, harus untuk membaca apa-apa jua surah walau sepanjang mana pun, asalkan ia dalam kemampuan mereka.
    (more…)
  • Aku bimbang Dan Sangat Bimbang

    Aku bimbang … sangat bimbang …

    Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
    Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada’
    Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
    Hutangku masih berlambak-lambak.
    Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
    Hutang bank rumahku masih belum selesai
    Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai. (more…)

  • Petua Khusyuk Dalam Solat

    1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

    2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

    3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

    4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

    5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

    6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

    7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

    8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

    9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

    10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

    11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

    12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

    13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

    14. Memahami makna bacaan dalam solat.

    Dunia Maklumat

  • Balasan Meninggalkan Solat

    Seksa Meninggalkan Sembahyang

    6 SEKSAAN DI DUNIA

    •Allah mengurangkan berkat umurnya
    •Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
    •Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
    •Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
    •Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
    •Allah tidak menerima doanya

    3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

    •Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
    •Mati dalam keadaan yang sangat lapar
    •Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya (more…)

  • Cara Solat Istikharah

    Solat Sunat Istikharah

    Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

    Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. (more…)