Tag: Syiah

  • 9 Kesesatan Syi’ah Imamiyah Menurut Syaikh Al Qardhawi

    DR Yusuf Al Qardhawi dalam Fatawa Mu’ashirah, menjelaskan 9 perbezaan tajam antara Ahli Sunnah yang sederhana dengan Syiah Imamiyah Itsna Asy’ariah / 12 Imam.

    Berikut ini fatwa beliau:

    1. Sikap Syiah terhadap Al Quran.

    Sikap mereka terhadap Al Quran seperti yang telah saya jelaskan berulang-ulang kali bahawa mereka tetap percaya dengan Al Quran yang kita hafal. Mereka berkeyakinan bahawa Al Quran adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mashaf yang dicetak di Iran dengan mashaf yang dicetak di Mekah, Madinah dan Kaherah adalah sama. Al Qur an ini dihafal oleh anak-anak Iran di sekolah-sekolah agama (madrasah / sekolah pondok) di sana. Para ulama Iran juga memetik dalil-dalil Al-Qur an di dalam masalah pokok-pokok dan furu di dalam ajaran Syi’ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitabnya. Namun masih tetap ada di antara mereka yang berkata, “Sesungguhnya Al Quran ini tidak lengkap. Kerana ada beberapa Surah dan ayat yang dihilangkan dan akan dibawa oleh Al Mahdi pada saat dia muncul dari persembunyiannya. ”
    (more…)

  • Sejarah Dan Fahaman Syiah

    Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :
    Pengikut dan pembela seseorang.[1]

    Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]

    Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah. (more…)