Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.
Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau. (more…)
