Tanda-Tanda Golongan Yang Selamat

Tanda-Tanda Golongan Yang Selamat

1. Golongan yang selamat, jumlah mereka tidaklah ramai dan boleh dikatakan amat sedikit ditengah-tengah ramainya manusia di akhir zaman. Hal ini sebagaimana yang pernah Rasulullah s.a.w bersabda :

“Berbahagialah orang-rang yang asing. Iaitu mereka yang soleh yang berada di antara sekalian orang-orang yang buruk, dimana orang-orang yang tidak sejalan dengan mereka lebih ramai dari orang-orang yang sejalan” (Riwayat Ahmad: Sahih)

Allah s.w.t turut menggambarkan malah memuji mereka di dalam al-Quran dalam firmanNya:

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“Dan sedikit sekali diantara hamba-hambaKu yang bersyukur” (al-Saba’:13)

2. Golongan yang selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah, dan diberi gelaran-gelaran yang buruk. Nasib yang ditempuhi oleh mereka adalah sama seperti yang ditempuh oleh Nabi dan mereka yang beriman terdahulu sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.

Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” (al-An’am:112)

Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w ketia mendakwah dan menyeru kepada tauhid kepada Allah, kaumnya malah memberi jolokan atau gelaran pembohong dan tukang sihir kepada Baginda. Padahal sebelum menjadi Rasul, mereka sendiri mengakui dan menggelarnya dengan gelaran “As-Sodiq al-Amin” iaitu yang benar lagi boleh dipercayai

3. Syeikh Abdul Aziz bin Baz ketika ditanya tentang siapakah golongan yang selamat, beliau menjawab : “Mereka adalah para salaful soleh dan setiap mereka yang mengikut dan menempuh jalan mereka.”

Itulah beberapa perkara yang menjadi manhaj dan tanda-tanda mereka yang tergolong dalam golongan yang selamat. Penulisan yang berikut dalam bab ini akan menyentuh isu Aqidah al-Firqotun Najiyyah, insyaAllah.

Wallahu A’lam…

Dunia Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *