Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada

Assalamualaikum wbt..
Disini saya ingin memetik salah satu wasiat Imam Hassan al-Banna iaitu

“Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada..”
Ini bereti, hidup dalam sehari ada 24 jam je.. Tapi keje bertimbun mcm tak padan ngan 24 jam yang kita ada..

Dalam 24 jam nk ada masa untuk beribadah, study, pi kelas, buat itu buat ini, urusan persatuan, pengurusan diri dan masa untuk tido..

Allah ciptakan semua ni ada hikmahnya.. Ni jugak suatu ujian dari-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kita beriman apabila dilanda ujian yg berbagai2..

Ujian kesempitan masa, kesempitan wang, kesenangan hidup, score dalam exam, dan macam2 ujian lg..

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-‘Ankabut ayat 2:

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan, “kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji?

Allah ingin menguji kita samada dengan ujian yg diberikan ini, hamba-Nya lebih dekat atau lebih jauh dari-Nya. jadi sama2lah kita berusaha untuk terus dekat dengan-Nya.

Macamana sibuk sekalipun, kita ada Allah yg sentiasa memerhatikan kita samada hak Allah terjaga atau tak. Di akhirat nanti akan ditanya ttg amanah yg kita pikul. Samada kita laksanakan atau tidak..

Semoga diri ini kuat menempuh segalanya…

Dunia Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *