Tips Kuruskan Badan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
kuruskan badan,kuruskan lengan,kuruskan peha, cara kurus

Tips Kuruskan Badan dan Kuruskan Lengan

Mengurangkan berat badan dengan berkesan memerlukan usaha dan komitmen. Berikut adalah beberapa langkah dan panduan untuk membantu anda kuruskan badan secara berkesan:

JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut bolehmenyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam
tubuh.Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak
mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia
terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk
membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akanmenghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan,beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint
atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

See also  Khasiat Buah Kurma

Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda.
Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan
pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.

Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman,ia jugameningkatkan pembakaran lemak.

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil
bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapakali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.

Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini jugaboleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak ataulemak haiwan.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya.

Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

See also  32 Places to Find Images for Use Online

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan
sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gulamengandungi 32 kilokalori.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing :

1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.

3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan
merampingkan peha.”

 

Tips Kuruskan Lengan dengan Berkesan

Ingin memiliki lengan yang kemas dan ramping? Jangan risau, terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda untuk kuruskan lengan dengan berkesan. Dengan gabungan diet yang seimbang dan senaman yang sesuai, anda akan mampu mencapai matlamat anda dengan lebih cepat. Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu anda mencapai lengan yang lebih ramping dan cantik.

  1. Diet Seimbang dan Sihat: Amalkan pemakanan yang seimbang dengan mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Kurangkan pengambilan kalori berlebihan dan pastikan anda memperoleh jumlah kalori yang mencukupi untuk memenuhi keperluan harian anda. Kekalkan pengambilan protein yang mencukupi untuk membantu memperbaiki dan membina otot-otot lengan anda.
  2. Kurangkan Pengambilan Gula: Hindari pengambilan gula berlebihan kerana ia boleh menyumbang kepada penambahan berat badan dan lemak dalam badan. Minum lebih banyak air dan elakkan minuman bergula.
  3. Amalkan Senaman: Senaman adalah kunci untuk mencapai lengan yang kemas dan cantik. Fokuskan senaman pada kawasan lengan untuk menguatkan otot-otot tersebut. Beberapa senaman yang boleh dilakukan termasuklah:
    • Angkat Berat: Latihan angkat berat membantu membina otot lengan dan membakar lemak. Anda boleh menggunakan dumbbell atau alat angkat berat lain untuk senaman ini.
    • Push-up: Senaman ini melibatkan otot-otot lengan dan dada. Mulakan dengan versi yang lebih mudah jika anda masih baru dalam senaman ini.
    • Tricep Dips: Anda boleh menggunakan kerusi atau bangku untuk melaksanakan senaman tricep dips. Ia membantu mengencangkan otot tricep di bahagian belakang lengan.
    • Senaman Kardio: Amalkan juga senaman kardio seperti berlari, berenang, atau bersepeda untuk membakar lemak secara keseluruhan termasuk pada lengan.
  4. Latihan Peregangan: Selain daripada senaman untuk menguatkan lengan, jangan lupakan latihan peregangan. Peregangan membantu menjaga kelenturan otot dan mencegah kecederaan semasa melakukan senaman.
  5. Jaga Postur Badan: Pastikan anda sentiasa menjaga postur badan yang betul, terutamanya ketika melakukan senaman. Postur yang betul membantu melibatkan otot dengan lebih berkesan dan mengelakkan kecederaan.
  6. Amalkan Senaman Keseluruhan Badan: Jangan hanya fokus pada lengan sahaja. Amalkan senaman yang melibatkan keseluruhan badan kerana ini membantu membakar lebih banyak kalori dan lemak secara menyeluruh.
  7. Konsistensi: Ingatlah bahawa mencapai lengan yang kemas memerlukan masa dan usaha. Pastikan anda konsisten dalam amalan diet dan senaman anda.
  8. Beristirahat Yang Cukup: Tubuh memerlukan waktu untuk pulih dan membaiki otot-otot. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam.
  9. Jauhi Makanan Proses: Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, gula tambahan, dan bahan-bahan tambahan yang tidak sihat. Pilih makanan semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein yang berkualiti.
  10. Konsultasi dengan Pakar: Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau tidak pasti tentang senaman yang sesuai, sentiasalah rujuk kepada pakar kesihatan atau jurulatih profesional untuk mendapatkan nasihat yang tepat.
See also  Tips Elakkan Rasa Duka

Ikuti tips-tips di atas dengan konsisten dan disiplin, dan anda akan melihat perubahan yang positif pada lengan anda. Ingatlah bahawa kesihatan adalah aset yang paling berharga, dan lengan yang kemas adalah hasil usaha dan komitmen untuk hidup sihat. Selamat mencuba!

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
8 comments… add one
  • Rina Link Reply

    Harus usaha ekstra keras agar badan bisa kurus dan sehat nie teurtama melakukan exercises2 di atas tu
    trims atas infonya, sangat bermanfaat dan sukses selalu 🙂

  • Perkongsian yang menarik admin. Nak kurus ni kalau tak kena langkah yang betul, protein pun ngelak nak ambik, memang ada peluang badan kurus tapi menggeleber macam orang tua..huhu. Saya ada berkongsi bagaimana vitamin semulajadi dapat membantu menguruskn badn sehingga 5-6 kg dalam masa 2-3 bulan. Untuk ibu menyusu yang nak kurus pun ada.

  • Ann Link Reply

    sangat bagus.. Terbaikkk.. !!

  • nak simpan satu diari tu agak susah tu…tapi kalau disiplin tinggi insyaAllah pasti berjaya…

  • Tips yang sangat bermanfaat!~ 🙂

    Terima kasih.

  • Nor Farizan Mazlan Link Reply

    baru 9 hari saya ubah cara mkn.. kira kalori 1200 sehari.. minum air 4 liter sehari ikut keperluan bdn dan ptg2 jln laju2 kat taman…

    dr berat 89 skrg dah 83.. moga istiqomah tuk capai berat 60 😀

  • Kuruskan Badan Link Reply

    Kena selalu bersenam dan jaga kesihatan..tips yang berguna ni…

Leave a Comment

Cancel reply