Tips Mencari Idea Dalam Penulisan

Idea-Conceptualization

Perkara biasa jika kehabisan idea dalam penulisan namun jangan pernah putus asa untuk mencari idea. Kita boleh mendapatkan idea di mana sahaja asalkan anda rajin untuk melakukannya. Saya sendiri juga selalu kehabisan idea, jadi saya sendiri juga perlukan panduan untuk terus bersemangat dalam bidang penulisan. Antara perkara yang biasanya saya buat untuk mencari idea adalah:

  • Rajin membaca – biasanya, saya akan lawat beberapa blog atau laman web untuk mencari idea. Saya akan baca sesuatu sehingga idea penulisan tersebut muncul dalam fikiran. Baca surat khabar dan membaca buku juga merupakan satu kelebihan.
  • Blogwalking – blogwalking banyak membantu saya kerana kita boleh mendapati pelbagai pengetahuan dan maklumat ketika melakukan blogwalking. Jadi ia akan memudahkan kita untuk menjana idea.
  • Lihat sekeliling anda – saya selalu melihat apa yang berlaku di sekitar saya, biasanya idea tesebut akan muncul kerana proses penjanaan idea sedang berlaku. Maksudnya, kita boleh menulis apa sahaja yang berlaku di sekitar atau sekeliling kita. Tapi pastikan ianya positif.
  • Laman sosial – biasanya laman sosial selalu memberikan informasi terkini mengenai isu semasa dan beberapa perkara lain. contohnya melalui medium Facebook, ia dapat membantu kita mencari idea untuk menulis tajuk seterusnya.
  • Forum – pelbagai perbincangan dilakukan di ruangan forum yang disediakan oleh beberapa laman web. Kita boleh join dan mengikuti perkembangan forum yang anda minati kerana melalui minat ia boleh membantu menghasilkan idea dengan mudah.

Kongsikan tips anda juga, tips anda sangat bermakna untuk semua penulis 🙂

7 Comments

  1. biasanya cik tom suka membaca untuk cari idea dalam penulisan…
    blogwalking pn bgs boleh dpt byk idea baru…

  2. kalau kering sgt sy akan online fb jer heee kekadag mtk kwn punya idea haa..kejamnya saya

  3. akhir2 ini saya mati ide dan belum tahu mau menulis apa di dalam blog..
    trims atas tipsnya, sangat membantu saya

Comments are closed.