Tips Persediaan Asas Sebelum Pergi Melancong

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tips Bercuti4 Tips Persediaan Asas Sebelum Pergi Melancong

Melancong adalah aktiviti yang sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Kerana dengan melanconglah kita semua dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja. Apabila tiba sahaja cuti sekolah atau cuti umum, maka berduyun-duyunlah masing-masing membawa keluarga pergi bercuti. Melancong dalam atau luar negara sekalipun yang penting kita dapat merasai keseronokkan bersama yang tersayang. Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian kita, kita perlu mengetahui  tips persediaan asas sebelum keluar pergi melancong.

#1 Tentukan Tempat Percutian

Langkah pertama, kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan lokasi mana yang dianggap sesuai. Jika mahu bercuti ke Kedah, maka ketahui lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Langkawi, maka percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja.

Special Deal Air Asia

Dalam menentukan lokasi percutian, sila pastikan bahawa kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim tengkujuh dianggap tidak sesuai.

Sebagai tambahan, jika mahukan idea pelancongan tempat menarik, boleh layari laman web Groupon. Ini kerana mereka turut  menawarkan percutian menarik dengan diskaun yang tidak masuk akal. Bagaimanapun ia bergantung kepada sesebuah lokasi yang ditawarkan.

See also  Rahsia Muka Surat Al-Quran

#2 Mengkaji Lokasi Percutian Pelancongan

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Kita perlu membuat sedikit kajian tentang keadaan persekitaran lokasi pelancongan tersebut. Sebagai contoh tadi, kita memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi kita. Lakukan analisa tempat-tempat menarik di kawasan tersebut.

Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Tour Island dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.

#3 Rancang Perjalanan

Kita boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong boleh menaiki kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.

Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Nak Hias Rumah? Klik Sini!

#4 Urus Bajet

Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, kita perlulah bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul, sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah.

Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, rancanglah perjalanan percutian kita dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku, tanganilah dengan tabah dan sabar. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Maka, dari sekarang jom kita menabung untuk merancang percutian yang seterusnya. Semoga dengan usaha kita membuahkan hasil.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
1 comment… add one
  • Hi Admin & Kawan-kawan. 🙂 mari join “Singapore Tour 1-Day Trip” from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 sahaja. . .

    Juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) semua pada -Harga Promosi

Leave a Comment

Cancel reply