Demam denggi sedang melanda Malaysia. Keluar sahaja depan rumah, dengan pantas, nyamuk-nyamuk menyerang. Sekiranya anda atau sesiapa yang menghidap demam berpanjangan, sebaiknya dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin kerana risau telah menghidap penyakit denggi.
Nyamuk-nyamuk ini kecil sahaja, banyak dan sukar untuk dibunuh, namun boleh membawa bencana besar. World Health Organisation mengatakan jumlah yang mati akibat nyamuk adalah lima puluh kali ganda lebih berbanding gigitan ular ( 20,000). Berapa maksudnya? Hampir 1,000,000 juta setahun!
Pada awalnya nyamuk gemarkan nektar bunga, tetapi pada musim mengawan da bertelur, nyamuk betina bertukar kepada diet protein. Pelik sekali, kajian menunjukkan mereka lebih menggemari lelaki berbanding wanita. Selain itu, mereka yang obes juga adalah lebih berisiko.
Nyamuk dapat mengesan sumber darah daripada karbon dioksida yang dikeluarkan tubuh melalui pernafasan dan kulit. Sudah, jangan cuba menahan nafas anda.
Dibawah penulis senaraikan tips-tips untuk mengelakkan gigitan nyamuk:
1. Waktu -risiko digigit nyamuk meningkat menjelang senja dan matahari terbit, terutama sekali di kawasan kepulauan. Elakkan aktivitiri-aktiviti di luar semasa waktu-waktu tersebut.
2. Meja – perhatikan bawah meja sewaktu makan. Mereka gemar bersembunyi dibawah meja dan menghisap darah anda semasa anda sendiri sedang menjamah makanan di atas.
3. Pakaian – sewaktu bertrekking, pakai pakaian yang berwarna neutral – nyamuk lebih mudah tertarik kepada warna-warna cerah dan terang.
4. Bau badan– nyamuk tertarik kepada bau badan dan peluh. Bersihkan diri sekerap mungkin. Tambahan itu, sebelum keinginan menghisap darah semasa musim mengawan, nyamuk tertarik dengan bauan bunga kerana gemar meminum nektar bunga. Oleh itu, elakkan memakai bau-bauan seperti bunga.
5. Biawak Gecko – Biawak jenis ini menggemari nyamuk sebagai makanannya. Pada sesiapa yang ingin membela haiwan dan sangat membenci nyamuk, boleh mula membela biawak ini.
6. Tumbuhan – Tumbuhan-tumbuhan seperti catnip, rosemary, citronella, cinnamon, dan pudina amat terkenal sebagai penghalau nyamuk kerana nyamuk tidak menggemari baunya. Untuk citronella,selain boleh dijadikan bahan sapuan pada kulit, ia boleh juga ditanam dikeliling rumah
7. Pati – selain tumbuhan-tumbuhan asli, minyak-minyak apti juga boleh digunakan seperti lemon eucalyptus oil, cinnamon oil, dan caster oil. Campurkan 10-25 titis mana-mana minyak pati tersebut dengan minyak zaitun dan boleh disapukan ke kulit.
8. Kelawar – percaya atau tidak, sesetengah kelawar menjadikan nyamuk makanan mereka. Malah, ada yang memakan sehingga ribuan nyamuk semalaman! Jika anda sanggup membelanya, boleh anda katakan selamat tinggal kepada nyamuk di rumah anda.
9. Pemakanan – kurangkan makanan bergaram serta tinggi potassium. Makanan-makanan tersebut boleh menyebabkan tubuh anda menghasilkan lebih banyak asid laktik, antara bau kegemaran nyamuk. Bagi sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan kentang, prun, kismis, bayam, pisang, kacang lima, dan squash acorn.
10. DEET – ada sejenis bahan sapuan yang dipanggil DEET. Ramai yang mengatakan ia berjaya, namun penggunaan DEET memberi kesan terhadap kulit dan kesihatan. Oleh itu, ini adalah pilihan yang kurang digalakkan.
11. Kipas – Kipas menyukarkan lagi untuk ia terbang kepada anda. Sekiranya anda memiliki kipas meja, halakan kipas tersebut ke arah anda agar dapat menyukarkan nyamuk tersebut menghisap mahupun terbang ke arah anda.
12. Kelambu – Secara fizikalnya, ia tidaklah menghalau nyamuk, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan nyamuk daripada mendekati anda. Letakkan ia menyelubungi kamar dan pastikan tiada koyakan atau kerosakan yang boleh menjadi ruang untuk nyamuk-nyamuk menerobos masuk.
Baiklah, itu sahaja yang penulis tahu setakat ini. Semoga para pembaca dapat menjaga diri daripada penyakit bawaan nyamuk ini.