10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Comments

3 comments… add one
  • Princess Roshan

    Lelaki ciptaan Allah yg paling hebat…Allah jadikan lelaki,pemimpin dan pelindung wanita..memberi kasih syg..kalau tiada lelaki..perempuan xkan mampu hidup sendiri…Subhanallah….isteri haruslh sentiasa brsgka baik pd suami….Ya Allah…ramai wanita mngatakn lelaki rmai yg jhat..tp jika kita wanita sentiasa brsgka lelaki jht ..maka jd jhtlh lelaki itu dgn kita2 skali..jd sentisa brsgka baik lh pd lelaki ciptaan Allah dn pd ssiapapn sntisa brdoa pd Allah agar pemuda2 islam kita dselamatkn dari segala dosa dn kjahatan….aminn..Wallahuallam..:)

  • Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik..Jadilah Lelaki Yang Baik Untuk Mendapatkan Wanita Yang Baik..

  • eeman

    alhamdulillah..semoga rmi pemuda Islam yg taat pada perinth Allah..bila taat semua perkara lain akan dijganya..

Leave a Comment