Kelebihan Maaf

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
images

Minta maaf dan memaafkan adalah perkara yang mudah diungkapkan dengan kata-kata tetapi sukar untuk melakukannya. Tidak perlu takut untuk meminta maaf apabila kita sedar kita telah berbuat salah. Memberi maaf juga merupakan amalan yang sangat mulia dan siapalah kita untuk tidak memberi maaf. Bersyukurlah kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka dan berani untuk meminta maaf. Jauhkan perasaan amarah, ego dan dendam kerana ia hanya akan membuatkan hati lebih sakit. Berikut merupakan kelebihan maaf:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
  • Membuatkan hati lebih tenang – meminta maaf dan memberi maaf membuatkan hati lebih tenang. Percayalah maaf juga boleh menjadi penawar hati untuk menjadi tenang.
  • Wajah gembira – ia akan membuatkan wajah kita mudah mengukir senyuman dan ceria kerana maaf yang dpinta dan diberikan. Memaafkan kesalahan orang lain amat baik kerana ia boleh mengubah segalanya.
  •  Membersihkan hati – sikap memaafkan dan mahu meminta maaf dapat menghilangkan rasa dendam dalam hati.
  • Menyembuhkan penyakit hati- menerusi maaf kita dapat mengubati segala perkara yang berlaku dalam hati kita.
  • Doa dimakbulkan – orang yang mahu memaafkan mudah untuk dimakbulkan doa mereka.
  • Ikatan dapat dijalinkan semula – orang yang memberi maaf dan meminta maaf dapat memulai pertalian semula tanpa rasa benci dan dendam.
  • Menjadikan diri lebih sabar dan redha – kita menyedari bahawa tidak semua orang sempurna dan diri sendiri juga tak sempurna. Jadi apa salahnya kita memaafkan kesalahan orang lain kerana kita juga tidak sempurna.
See also  Cara Memujuk Hati Sendiri

Hilangkan rasa dendam, maka jiwa akan tenang,
Kuatkan semangat untuk memohon maaf,
Kuatkan hati untuk memberi maaf,
Semoga semuanya menjadi lebih mudah.
Untuk diri kita dan juga mereka

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
4 comments… add one
  • rasanya budaya masyarakat kita akan meminta maaf setahun sekali sahaja dengan ayat yang paling umum maaf zahir batin walaupun mereka pernah melakukan sesuatu yang menyakitkan tak bergitu?

  • Kalau sudah buat salah cepat-cepat minta maaf.

  • Izzuddin Fauzi Link Reply

    Hitam hati mereka yang tak reti minta maaf… Nak minta maaf nie susah tapi orang yg berjaya minta maaf ialah org yg hebat…

  • jadilah seorang yang suka memaakan orang lain, kerana hatinya akan bersih mudah syurga baginya

Leave a Comment