Rata-rata ramai pernah melihat seorang penagih dadah, baik dalam dunia realiti mahupun fiksyen semata-mata. Formulanya senang sahaja; jauhi dadah. Namun begitu, mengapa masih ramai yang kecundang?
(c) DrugAddiction.org
Rupa-rupanya ada beberapa perkara yang perlu kita fahami sebelum membuat penilaian. Penulis terbaca sebuah artikel daripada seseorang yang sedang pulih daripada ketagihan. Dia menjelaskan apa yang telah dia alami serta pengajaran daripada pengalamannya.
1. Ketagihan Tidak Ketara Sehingga Sudah Teruk
Imej yang paling lazim kita lihat mengenai penagih dadah adalah dengan menyuntik jarum dan pil. Sebenarnya, amat jarang jarum digunakan bagi yang baru bermula melainkan sudah parah kehendaknya.
Malahan, sesiapa yang terpengaruh akan bermula dengan pil atau serbuk. Pada awal penggunaan, mereka akan terpedaya kerana pada masa itu masih boleh berfikiran jelas dan impak tidak terlalu ketara. Jangan terkejut seandainya mendapati ada sesetengah yang produktif dalam kerja dan hidup sebenarnya ada mengambil dadah. Oleh itu, pada awalnya mereka menyangka mereka masih boleh mengawalnya, dan tidak mengambil setiap hari atau secara rambang sahaja.
Alah bisa tegal biasa. Tanpa disedari mereka bukan sahaja mengambil untuk suka-suka, tetapi bergantung padanya. Pada masa itu, mereka mula mencari alternatif yang lebih tegar, dan salah satu daripadanya adalah dengan menyuntik dadah melalui jarum.
2. Bahaya Overdose: Tiada Kawalan
Oleh kerana dadah-daha dibeli secara haram, adalah amat sukar untuk mengetahui kekuatan intipati setiap satuakibat tiada kawalan atau pantauan jabatan kesihatan. Setiap pil ada kemungkinan ketepatan intipati yang lebih kuat atau lemah berbanding yang lain.
Perkara ini menjadi antara punca para penagih boleh berisiko mati akibat overdose. Barangkali mereka mengambil sebanyak mana yang telah mereka biasakan, namun kerana tiada kawalan atas ketumpatan intipati pil atau cecair suntikan, risiko overdose meningkat.
3. Ubat Yang Digunakan Untuk Pemulihan Barangkali Lebih berbahaya.
Antara yang menjadi pilihan di pusat pemulihan untuk memulihkan penagih dadah secara perlahan-lahan adalah methadone. Untuk penagih, ia mungkin membantu, kerana ramai yang mula menjalani kehidupan yang kembali normal sewaktu pemulihan melalui penggunaannya.
Apa yang menakutkan adalah methadone sebenarnya mempunyai kesan yang lebih berbahaya berbanding heroin. Hal ini kerana methadone boleh menyebabkan ketagihan kronik, lebih kronik daripada ketagihan heroin. JIka seorang penagih masih mampu untuk hidup, dan kesan secara fizikal akibat pernah ketagih heroin boleh berkekalan sampai beberapa minggu, methadone pula boleh mengakibatkan kematian sewaktu penarikan.
Walau bagaimanapun, dadah memang pada asalnya adalah ubat-ubatan. Malahan, sebelum berlakunya ketagihan heroin, heroin digunakan sebagai ubat pemulihan untuk mengatasi ketagihan morphine, dan pernah dijadikan ubat batuk.
4. Kesan ‘Penarikan’ (Withdrawal) seakan-akan PTSD
Amat mudah untuk kita menyuruh mereka yang sedang pulih untuk berhenti terus. Hakikatnya, bagi bekas-bekas penagih, kesan penarikan (withdrawal) sewaktu pemulihan adalah hampir sama dengan PTSD. PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) adalah satu permasalahan mental yang sering dialami bekas-bekas askar medan perang serta mangsa-mangsa kejadian ngeri.
Hal ini kerana sering berlaku dalam bayangan bekas-bekas penagih ini, mereka membayangkan diri mereka sedang menagih kembali, dan pada saat-saat mereka hampir melakukannya semula, mereka akan tersedar kembali ke dunia nyata. Perkara ini menyukarkan mereka meneruskan hidup kerana ia sukar untuk dikawal serta sering menghantui mereka.
5. Pemulihan Boleh Mengambil Masa Seumur Hidup.
Biarpun secara fizikal, seorang penagih boleh pulih daripada ketagihan heroin dalam masa beberapa minggu ke 3 bulan, namun impak secara psikologi menyebabkan mereka menghadapi tekanan seperti nombor 4 di atas.
Ia dipanggil PAWS, singkatan untuk Post-Acute Withdrawal Syndrome. Bahayanya keadaan mereka adalah kerana biarpun mereka tidak lagi mengambilnya, seandainya mereka mencuba satu kali sahaja selepas pemulihan, mereka mungkin tidak boleh kembali ke pangkal jalan lagi. Segala yang mereka usahakan musnah, dan usaha untuk memulih semula akan memakan masa, tenaga, dan usaha yang lebih tinggi.
Ini adalah sebab mengapa ramai yang telah pulih lebih rela dibedah tanpa bantuan morphine mahupun ubat-ubatan tahan sakit; demi mengelakkan diri daripada terjerumus kembali.
Kesimpulannya, kita tahu akan keburukan mengambil dadah, namun kita harus mengerti mengapa sesetengah mengalami kesukaran untuk berhenti daripada ketagihan. Seharunya kita tidak menilai mahupun mengeji, tetapi simpati dan berusaha mengubah destinasi hidup mereka dan mengelakkan generasi baru daripada terjebak. Ajarilah mereka untuk berhemah dalam pengambilan ubat serta kurangkan bergantung pada ubat-ubatan.
Boleh jelaskan dengan “detail”..
Apakah program KKM menggunakan methadone kesilapan ” serius”
“Apa yang menakutkan adalah methadone sebenarnya mempunyai kesan yang lebih berbahaya berbanding heroin. Hal ini kerana methadone boleh menyebabkan ketagihan kronik, lebih kronik daripada ketagihan heroin. JIka seorang penagih masih mampu untuk hidup, dan kesan secara fizikal akibat pernah ketagih heroin boleh berkekalan sampai beberapa minggu, methadone pula boleh mengakibatkan kematian sewaktu penarikan.”
Mmg susah nk brhenti tp kite kena ubah mindset jadikan senang walaupun x mudah cuba permudahkan.alhamdulilah aku dh brhenti guna heroin dgn rawatan mthdn.tp gian mthdon pulak dah.keluar mulut rimau kini aku masyuk mulut singa lak.tp yg pnting aku dh x mengepot dh.x de la risiko kantoi,risiko barang putus.mthdon x putus stok.dgn rawatan ini gua rasa dh jadi baik la sket yg penting solat jgn miss.gua akan cuba mengurangkan dos mthdn sket2.klau brhenti terus mngkin gua pn pencen jd org.mmg sakit oo tarak bole tido pnye.gua dh try..tp aku akan cuba cara lain plak.smpi boleh!
Salam semua… klu nk bincang pasal dadah gantian ni @ metadon mmg berganda2 tahap ketagihan dia based on perkongsian sahabat2 & saudara sesama Islam saya yg lain… Tp niat utk berubah & berhijah itu yg paling mustahak. So tahniah bro2 sekalian yg terdetik utk ke arah yg lebih baik walaupun terpaksa bersakit2 untuk menjauhi heroin dan menggunakan metadin sebagai rawatan ke arah pemulihan saudara2 sekalian… Allah maha adil! Allah tak pernah tidur & sentiasa mendengar dari kita yg lemah ni… Jgn mengeji sesama insan sbb kita sama sebagai hamba Allah swt. Yg tidak terjebak dgn ddah, ada kesalahan lain dan keburukan yg mungkin lebih teruk ada pada kita dan selalu kita amalkan seharian tanpa kita sedar. Maka tiadalah lebih mulia kita yg tidak sentuh dadah dari saudara yg sudah terlanjur sekalian. Mungkin lebih buruk dgn perlakuan mazmumah yg sudah sebati dan kita masih tidak sedar kerana anggapan buruk pada org lain lebih dari kesedaran dalaman @ lebih teruk apabila bengis dan baran ketika kita pula ditegur oleh insan lain yg peka n ambil berat akan saudara2 mereka… kita hamba yg lemah… beringat sesama insan adalah sgt mulia dari kejian sesama makhluk! Salam
Mmg dh blank xthu nk wt cam mner utk stop ambik methadone ni.wlaupun cra hidup brubah lbh baik tp seksa derita mkin bertambah bila gnakan rawatan methadone ni.tolonglah bantu cam ner nk stop ambik mtdone ni..
Tolong beri panduan utk sya berhenti mathedone
Suami sy sllu ambil methadone untk krngkn ketagihan dadah..tpy x thu plak sy y methadone tu lbih bbhya..
salam saudara aku dah bosan amik metadon aku nak cuba berhenti tapi gian dia allah je tahu…
Aku pun tak faham kenapa gantian kepada heroin iaitu mathadone bukan untuk hilangkan ketagihan tapi tambah double ketagihan dia lebih teruk dari hisap heroin aku pun salah seorang penagih tegar juga boleh dikatakan sebab hisap benda’ ni selama 10tahun dalam 2 tahun ni aku dah stop total hisap heroin sebab orang yg jadi cikgu aku yg bg aku start hisap benda haram ni dah masuk penjara so aku pun cari alternatif lain nak hilangkan ketagihan yg penuh penyeksaan ni so aku pun dengar ada rawatan mathadone tp aku tak pi ambil kat kkm sebab malas kadang2 ada polis nak cari mangsa tunggu depan pagar elok keluar nak balik mesti ada yg kena pegang dan dibawa ke balai nak urine aku tak faham memang betul sesetengah tu bukan senang nak tinggal sekali gus mesti ada yg sulam tp biarlah tempat rawatan tu buat kerja dia yg polis kau tunggu depan pagar klinik pastu tangkap orang senang betul hidup dapat buat kerja tak payah susah kesian aku tengok ada yg datang ambil rawatan mathadone pastu kena adjust tangkap urine sangkut masuk penjara kau orang tau tak ketagih mathadone boleh muntah hijau cirit-birit tak berhenti sampai jadi sayur layu aku pernah rasa aku tau mcm mana tahap max dia punya sakit sebab tu aku ambil kat klinik luar memang kena ada modal panjang sebab 60ml satu botol boleh cecah rm150 tapi sekurang-kurangnya boleh control dos sendiri aku dari minum 60ml dalam masa 3hari kena ulang ambil lagi saya sekarang alhamdullilah 5ml tambah air aku boleh buat jadi 2 botol 30ml tahan 5hari kurang sikit kos dan dos pun dah kurang tapi tipu kalau tak rasa sakit sikit2 tu mesti ada contoh badan jadi letih,cirit birit,demam selesema,suhu badan tak stabil kadang ada muntah tu semua sebab badan kita tengah buang toksin methadone tu tp aku sarankan yg dah boleh kurangkan dos saja boleh buat kalau yg dos masih tinggi jangan teringin nak cuba tu cari penyakit namanya confirm kau muntah hijau sepanjang rumah tapi tak hilang ketagih makin teruk lagi ada.Bagi yg dah kurang dos sampai 5ml boleh minum dalam 5hari mcm aku buat tu selamat mencuba.Aku pun jenuh punya telan pain killer,ubat selesema,ubat batuk tawakal kalau nak jadi apa pun jadi la nak kata takut nanti effect pula telan ubat sampai mcm tu aku lebih rela pada nak kena bergantung sepanjang hidup selagi kau tak mati kau harus ambil methadone aku ada dengar betul ke tak aku tak pasti rawatan methadone ni bukan bg baik bg penagih tp mempercepatkan kematian untuk sang penagih sebab hati boleh rosak kalau dah tahap kronik kau boleh muntah darah lepas tu tamat la riwayat sebab tu ada negara yg tak ambil rawatan ni untuk rawat penagih.Dan last sekali ada satu lagi rawatan untuk ketagihan dadah ni iaitu saboxone benda ni ada kat klinik luar saja tp dos dia tak setinggi mathadone dan cara rawatan dia juga berbeza dan efektif tapi sakit sikit2 tu still kena tanggung tak boleh lari bro bila dah terjebak ngan benda ni hidup kau akan berharap bila nak jadi manusia normal mcm dulu tak tau la nak fikir sampai bila tp yg pasti usaha tawakal dan jangan lupa solat dan mintak Allah permudahkan segalanya sebab Dia yg cipta kita so kalau kita usaha dan doa minta tolong pada Allah Insyaallah boleh.
Pada 23/10/17 abang sy 30tahun dgn sukarela msuk klinik cure & care . Untuk buat rawatan pemulihan dadah. Abang ketagih heroin, ade jugak ambil methadone. Abang dah lama terjebak. Memang nak berubah dan sihat semula. Tapi Allah lebih sayangkan dia, pada 14/11/2017 abang telah menghembuskan nafas terakhir, masa dalam rawatan pemulihan. Disebabkan kegagalan jantung & kegagalan buah pinggang. Sebelum ni abang tiada penyakit apa pun, mungkin sebab dadah.Tapi pihak C&C tak call pun family sy bila dimasukkan di emergency HKL, 1 hari abg kat emergency dan bila dah meninggal dunia baru diorang call . Sedih sgt dengan pengurusan diorang . Rindu abang saya. Semoga Arwah tenang sana😢
Betul mmg dasyat ketagih methadon ni….setgh mati dibuatnye….
kalau metadone di ambil bsama heroin apa kesannya? tlg berikn penjelasan.trme kasih
Aku prnah amk methadone…tp nk benti dia kena amk ketum balik..cara nk benti ckup mudah..tp kena tahan sikit la sakit tu..sruh adk bradik atau family rantai korng dlm blik yg ada klengkapan blk air n mkanan..dduk 2 mggu jgn kluar2..cnfirm lps 2 mggu hlg skit2
org yg sesekali amik syabu ni macammna critanya pulak ye bg kehidupannya?