Zaman kini, telefon pintar telah menjadi satu keperluan. Ditambah pula dengan lambakan aplikasi-aplikasi seperti WhatsApp, Wechat, Instagram, dan Facebook, yang membantu pengguna berhubung dan berkongsi. Namun begitu, adalah menjadi kerisauan bagi bakal pengguna baru serta ibu bapa yang ingin menghadiahi anak-anak mereka sebuah telefon pintar dengan kos-kos pembelian telefon pintar yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Antara Android, Windows Mobile, dan iOS, penulis memilih banyak telefon pintar yang menggunakan Android berikutan lebih ramai pengguna dan julat harga mampu milik. Dengan itu, lebih mudah para pembaca untuk menambah aplikasi yang rakan-rakan telah muat-turun tanpa perlu memiliki telefon bimbit yang serupa mahupun menunggu hingga aplikasi mengeluarkan versi yang sesuai dengan OS telefon pintar.
Selain itu, kebanyakan telefon yang tersenarai bersaiz sederhana atau kecil, menjadikan ia sesuai untuk remaja, kanak-kanak serta orang dewasa yang lebih gemarkan sesuatu yang kecil dan mudah dimasukkan dalam kocek seluar.
Sebelum diteruskan, penulis harus akui, terdapat beberapa kelemahan yang dikongsi telefon-telefon pintar ini. Antaranya adalah *backlight* yang kurang jelas pada siang hari. kapasiti memori RAM yang kecil, skrin yang kecil (menjadikan agak sukar untuk menaip bagi yang berjari besar)
Disenaraikan telefon pintar mampu milik (harga mengikut harga produk original):
1. CSL Mi300 (Harga Pasaran:RM299-350)
Telefon bimbit syarikat Malaysia yang masih bertahan dalam bidang teknologi. Miliki bateri berkapasiti 1230mAh, slot kad memori, 256MB RAM, skrin 3.2 inci, dan OS Android 2.2 (Froyo). Malang sekali, kerana tidak mendapat banyak liputan, serta nilai trade-in yang rendah atau tiada langsung menjadikan ia seolah-olah ‘halimunan’ untuk dijadikan pilihan.
2. Samsung Galaxy Pocket / Samsung Galaxy Y / Samsung Galaxy Mini (Harga Pasaran:RM400-599)
Kelebihan yang ada pada Samsung ini adalah pada nilai khidmat pelanggan mereka yang baik, banyak serta jumlah pengguna yang ramai. Oleh itu, sekiranya terdapat masalah, amat senang untuk menjumpai tutorial-tutorial di forum, blog dan laman-laman teknologi. Penulis sendiri memiliki satu Samsung Galaxy Pocket (setelah Telefon Nokia penulis tidak dapat diselamatkan lagi), dan setakat ini penulis berpuas hati menggunanya, berpatutan dengan harganya.
3. Sony Ericsson Mini X10 (Harga Pasaran:RM350-550)
Telefon ini mempunyai ‘abang-abang’ ( yang tidak memiliki perkataan X10) yang memiliki ciri-ciri yang lebih mantap dengan hargatambahan beberapa ratus, namun ini tidak bermakna telefon kecil ini tidak elok. Menggunakan BRAVIA engine, yakni dapat melihat video-video HD. Kelemahan telefon ini adalah ia kerap habis bateri. Ada dua jenis, Mini X10 dan Mini X10 Pro. Perbezaan mereka adalah dimana Pro mempunyai papan kekunci QWERTY, sesuai bagi sesiapa yang lebih gemar mempunyia punat-punat fizikal untuk ditekan berbanding pada skrin semata-mata.
4.HTC Wildfire (Harga Pasaran:RM399)
Sebelum keluarnya ‘adik-adik’ yang lebih canggih seperti HTC Desire HD, HTC Wildfire pernah menjadi kegilaan para remaja dan belia. Penulis pernah ingat betapa gembiranya rakan penulis apabila dihadiahkan telefon ini daripada kekasihnya. Biarpun telah mulai senyap, ini tidak bermakna ia tiada nilai. Menggunakan kaca sesentuh Corning Gorilla Glass,memiliki 514MB RAM, OS Android versi 2.1 (Eclair), dan slot kad memori.
5. Lenovo a390 (Harga Pasaran:RM399-499)
Telefon-telefon buatan Lenovo terkenal dengan kapasiti bateri yang tahan lama. Walaupun pada pangkat tefon pintar ‘starter’ atau ‘low-end’, tahap ketahanan bateri Lenovo boleh dipuji. Menggunakan OS Android 4.0 (ICS atau ice Cream Sandwich) skrin 4 inci, 512Mb RAM, processor 1Ghz dan bateri berkapasiti 1500mAh, telefon ini dijangka menjadi telefon pintar ‘starter’ yang ramai ingini.
6. China smartphones (Harga Pasaran: RM199-799)
Ia adalah antara pilihan yang berisiko kerana jaminan hanya dalam lingkungan 3-6 bulan. Selain itu, disebabkan ia sukar dikenalpasti jenama apa yang diikuti, justeru menyukarkan lagi proses untuk membaikinya.
Namun begitu, bagi sesiapa yang sanggup, anda boleh mendapatkan ciri-ciri telefon berjenama yang mahal pada harga yang lebih murah.
Biarpun tidak memiliki ciri-ciri hebat, telefon-telefon pintar ini cukup untuk sesiapa yang ingin menjinakkan diri dengan penggunaan telefon pintar.
no45 jalan kuala pilah bandar baru ampangan70400seremban,negeri
sembilan
Hebat