Dalam era penuh cabaran ini, ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan perkembangan anak-anak mereka. Kesibukan dalam pekerjaan harian mengakibatkan proses perkembangan kanak-kanak khusunya pada peringkat awal terabai dan menyukarkan mereka untuk menerima pembelajaran dengan baik. Dengan ini, kami ada formulasi terbaharu yang dihasilkan bagi menangani masalah ini.
Pernahkah anda mendengar tentang Al-Fateh Junior? Ianya adalah pastil bervitamin yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kalau sebut vitamin mesti ramai tahu bukan? Tapi tidak semua kanak-kanak boleh terima suplemen yang pejal seperti produk lain yang berada di pasaran. Mari kita kupas sedikit tentang Al-Fateh Junior. Al-Fateh Junior adalah suplemen tambahan. Ianya sama sahaja dengan vitamin, bezanya ia lebih berkhasiat dan dirumus khas bersama dengan makanan sunnah.
Al-Fateh Junior merupakan formulasi yang dirumus dengan bahan-bahan tertentu seperti buah delima yang banyak membantu dalam menjana sel-sel perkembangan. Kesannya lebih efektif pada kanak-kanak kerana pada peringkat awal, nutrisi adalah lebih mudah diterima dan kesannya lebih cepat kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Selain itu, Al-Fateh Junior ianya juga dihasilkam bersama ekstrak madu. Madu adalah makanan sunnah yang berpotensi meningkatkan daya imunisasi manusia. Ianya amat baik untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif agar terhindar daripada pelbagai jangkitan. Kurma, kismis dan safron juga diadun bersama dalam pastil Al-Fateh Junior.
Bukan sahaja kepercayaan, malah mukjizat bahan-bahan ini telah dikaji dan terbukti mampu meningkatkan daya ingatan serta menjana perkembangan sel-sel otak. Tambahan pula, bahan-bahan ini juga dapat melancarkan proses pencernaan serta meningkatkan selera makan.
Bukan itu sahaja, Al-Fateh Junior juga mengandungi ramuan Arabic Gam. Gam arab terbukti secara saintifik membantu melegakan sakit-sakit sendi. Oleh kerana kanak-kanak adalah golongan yang aktif, maka mereka akan mudah sakit otot dan sendi. Maka dengan mengamalkan Al-Fateh Junior, simptom kesakitan ini dapat dikurangkan atau dihilangkan sepenuhnya dan mengekalkan fungsi otot dan tulang kanak-kanak pada tahap yang optimum.
Selain itu, ia juga boleh melindungi buah pinggang dengan meningkatkan kadar penyerapan nutrisi ke dalam badan di samping melancarkan sistem peredaran darah. Hal ini disebabkan gam Arab mengandungi mineral yang tinggi bersifat alkali yang sangat membantu dalam mengimbangi sistem peredaran darah.
Banyak lagi khasiat yang bakal diperoleh sekiranya anda mengamalkan Al-Fateh Junior kepada anak-anak anda. Selain daripada merangsang, ianya juga bertujuan melindungi dan meningkatkan prestasi kanak-kanak. Dapatkan semua manfaat ini untuk anak-anak anda. Pengaruhi IQ dan EQ mereka agar berkembang dengan baik. Pada peringkat awal, inilah perancangan terbaik untuk anak-anak anda agar mereka membesar dengan sihat sentiasa dan kuat.