Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Dan Ibtida’
Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’(memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.
Keistimewaan al-Quran ini adalah dengan menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan (waqaf) dan memulakan bacaan (ibtida) dengan sempurna.
Kesempurnaan dan pengetahuan mengenai waqafdan ibtida’amat penting dalam setiap pembacaan ayat-ayat al-Quran. Ini dijelaskan oleh Sayidina Ali r.a. dalam mentafsirkan maksud “tartil” pada surah al-Muzzammil ayat 4, bermaksud:
“Bacalah al-Quran dengan bacaan secara tartil.”
Bacaan “tartil” yang ditafsirkan oleh Sayidina Ali r.a. adalah membaca al-Quran dengan bertajwid dan memahami kaedah waqaf dan ibtida’ (Al-Munir fi Ahkam at-Tajwid, hlm. 177)
Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca itu mampu dan berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.
Di sini terdapat tiga wama iaitu merah, hijau dan biru.
Bagi ayat yang berwarna merah, pembaca boleh memberhentikan bacaan (waqaf) di akhir perkataan yang berwarna merah dan memulakan bacaan (ibtida’) di awal perkataan yang berwarna merah seperti:
betul..kena jaga waqaf dan ibtida’. takut nanti lari maksud ayat yang kita baca 🙂
pengisian web yang baik. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama
http://www.lovehutladyvitamin.com