Anemia Masalah Sakit Puan

Anemia masalah sakit puanAnemia adalah salah satu daripada masalah sakit puan yang biasa dialami oleh wanita-wanita hamil. Keadaan ini amat kerap berlaku kerana kekurangan sel darah merah di dalam badan. Punca utama terjadinya anemia ialah kekurangan zat besi. Adalah menjadi keutamaan untuk wanita yang telah berkahwin sebelum merancang untuk hamil mengetahui samada mereka mengalami anemia atau tidak kerana anemia akan mempengaruhi tumbesaran bayi di dalam kandungan kerana zat besi adalah sangat diperlukan oleh ib-ibu hamil untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.

Kebiasaanya, penghidap anemia akan cepat letih, badan selalu lemah, muka selalu pucat, berdebar-debar, euforia (berpeluh dengan banyak), sering sesak nafas dan yang paling teruk adalah pengsan. Sesetengah wanita berisiko mendapat anemia akan kerap kepada mereka yang mengamalkan diet melampau, mengandung anak kembar, sering muntah dan mempunyai masalah penghadaman.

Adalah sekurang-kurangnya 15 mg zat besi diperlukan oleh badan manusia. Tetapi ketika hamil, kandungan ini perlu ditambah 2 kali ganda. Sekiranya ibu yang hamil mempunyai alahan dengan zat besi, mereka perlu mengamalkan pemakanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tingga seperti daging, sayuran hijau, bayam, kangkung, brokol dan seumpamanya. Perlu diambil perhatian bahawa masalah anemia juga boleh mengakibatkan kelahiran pramatang dan pendarahan faraj ketika kelahiran. Oleh itu, masalah ini perlu dicegah daripada awal supaya komplikasi yang lebih kronik tidak berlaku.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C setiap hari seperti meminum jus pada pagi hari, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Sebaliknya, teh, kopi, susu, minuman berkarbonat dan coklat mengandungi kandungan kimia yang menghalang penyerapan zat besi ke dalam badan dan seharusnya dielak sepenuhnya. Selain ibu hamil, gadis-gadis remaja juga perlu mengamalkan meminum susu segar pada waktu pagi untuk mendapatkan kalsium dan zat besi yang cukup untuk penghasilan sel darah merah yang stabil. Meminum susu segar di antara waktu makan juga adalah sangat digalakkan.

See also  Kopi oh Kopi

Namun begitu, tidak dapat disangkal lagi bahawa tabiat pemakanan adalah sangat sukar untuk dikawal. Tabiat pemakanan yang teruk menyebabkan pengurangan ke atas proses metabolisma badan akibat tekanan dan menyebabkan peningkatan asid yang tinggi di dalam badan. Oleh itu, Yoli Alkalete adalah penyelesaian yang paling tepat untuk melawan keasidan badan yang tinggi yang menyebabkan pengurangan metabolisma badan dan mengembalikan keseimbangan aliran darah untuk memproses sel-sel darah dengan stabil.

Yoli Alkalete membantu melancarkan pembuangan sisa asid dalam badan, menyokong tahap pH yang stabil, meningkatkan daya ketahanan badan melawan penyakit, mengurangkan keradangan dan kekejangan otot, membantu penyerapan nutrisi ke dalam badan sehingga 3 kali ganda lebih kerap dan yang paling penting, produk Yoli Alkalete adalah sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina lebih-lebih lagi wanita yang mengandung. Bio-mineral yang tersedia serta tahap alkali yang tinggi di dalam produk ini adalah menyamai khasiat seperti air zam-zam yang mengandungi 6 unsur utama seperti mineral alkali, berelektrolit, padat dengan oksigen, rantaian molekul yang kecil senang untuk diserap oleh badan.

Elektron berlebihan berperanan meneutralkan asid darah dan tenaga skalar yang mampu meningkatkan dan mengimbangi metabolisma badan. Yoli Alkalete adalah produk yang diiktiraf oleh FDA dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Bahan Diet Baharu dan merupakan suatu ciptaan yang selamat serta tidak membahayakan kesihatan.

1 comment… add one
  • sangat penting bagi wanita untuk menjaga kesehatan dari penyakit anemia ini
    trims infonya

Leave a Comment