Apakah Hukum Mengahwini Wanita Sedang Hamil – Soal jawab

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

See also  Hukum Mengambil Pil Penahan Haid

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam / ustaz sekiranya anda berhadapan masalah sebegini atau bila perlu.

Jauhilah perkara-perkara yang menyebabkan penziaan,jagalah keturunan nasab kita supaya menjadi genarasi yang mulia.

Sumber : informasikini

17 comments… add one
  • cahaya Link Reply

    salam…setahu saya terdapat banyak pendapat ulama tentang perkara ini..mohon untuk selidik dan kaji juga…mungkin ada sesuatu yang terlepas pandang…

    disini saya sertakan beberapa link untuk bacaan pihak penulis..betulkan saya jika saya tersilap..

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7680.0

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=469&Itemid=95

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/berkahwin-dengan-perempuan-yang-mengandung-1

    Islam itu Indah… 🙂

  • syukran saudara cahaya…

    Kebenaran lebih berhak diikuti..
    kebenaran bukan milik kami..
    kami akui memang kami tidak teliti berkaitan artikal ini,memang benar seperti yg disebutkan bahawa hanya ulamak hanafiah dan syafiah sahaja dikalangan 4 mazhab yang membenarkan perkahwinan penzina lelaki dan perempuan tanpa menunggu selesainya iddah atau melahirkan anak.

    Kita boleh rujuk dalam kitab Fiqh Islam Waadillatuh,bab iddah m/s:595-596.

    Di malaysia kita berpegang dgn mazhab syafie di dalam fiqh maka SAH lah pernikahan tersebut.

    Wallahu Alam….

  • Indah Link Reply

    Assamualaikum,

    Artikel saudara ni bagi saya mesti ada nota kaki..
    Bahaya artikel ni kalau xde nota kaki sbbnya saya mula2 baca tadi dah rasa tidak setuju dengan jawapan kepada soalan-soalan di atas..

    Nasib baik Saudara Cahaya ada berikan pautan luar utk rujukan..

    Saudara kena edit artikel ni..letak nota kaki daripada saudara cahaya tu & juga komen diatas daripada bro sendiri..sbb komen bro tu dah menyelesaikn bnyk salah faham yg akan timbul nanti kalau artikel ni xde nota kaki..

    Nasib baik saya ada sedikit ilmu ttg perkara ni..so, bleh saya detect apa yg bertentangan..tapi camna kalau org jahil yg baca artikel ni tanpa baca komen & nota kaki utk penjelasan lanjutan? dia mungkin akan jadikan artikel ni pegangan hukum dia..tu yg bahaya tu..

    saya sekadar mencadangkan utk saudara edit artikel ni dengan meletakkan nota kaki & apa yg patut..utk kebaikn bersama.. insyaAllah

  • baru masuk islam Link Reply

    Bukankah islam itu indah, mudah & Allah itu maha pengampun keatas mereka yg bertaubat & sedar akan kesalahan yg telah dilakukan? Kenapa sesuatu kesalahan yang telah dilakukan masih terus dihalang untuk diperbaiki / diperbetulkan.
    Kepada ustaz2 diluar sana sila rujuk dan kaji akal sebelum membuat sesuatu fakta yg mengelirukan umat Islam.

  • eiza Link Reply

    Assalamualaikum..
    sy slh sorg wanita hamil luar nikah namun sy tlh brkahwin ketika usia kandungan sy 3 bln..skrg usia ank sudh 1 thun lbh..apakah sy harus bpish dan bkahwin smula atau sbliknya?sy tlalu sygkn suami sy..harap ustaz dpt menolong..sy xnk hidup dgn dosa begini..

  • ahmad Link Reply

    Mazhab yg mengatakan harus adalah mazhab Syafie, Abu Hanifah dan Maliki serta mazhab Imam Ats-Tsauri.. kerana berpandangan bahawa perhubungan seks secara luar nikah ini adalah perbuatan haram dan tidak berasaskan pernikahan yg sah.. maka, hasil daripada perhubungan ini juga (mengandung) tak dapat dijadikan sesuatu hukum (edah) kerana hubungan pun tak sah (tak nikah)..

    Jadi, menurut pandangan mazhab ini, harus bagi pasangan yg berzina ini bernikah walaupun sang perempuan itu dah mengandung.. Nikahnya sah, cuma persoalan nasab saja yg ada sedikit pendetailan (penelitian)..

    Bagi pak sanggup juga sah pernikahannya dengan wanita yg mengandung hasil perzinaan ini.. cuma, sepanjang pernikahan sampai si perempuan melahirkan anak, sang lelaki pak sanggup itu hendaklah sanggup berpuasa (tak melakukan hubungan seks) dengan isterinya itu.. kalau dah sanggup nikah, takkan tak sanggup nak berkorban sampai perempuan tu beranak, ye tak? Sebab hukumnya haram bersetubuh dengan wanita yg mengandungkan benih lelaki lain walaupun pernikahan itu sah.. kalau nak ringan2 takde masalah..

    Hukum harus bernikah dengan wanita mengandung (hasil zina) ini selaras dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan :

    “Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.“

    Adapun pandangan yg mengharamkan pernikahan dengan wanita mengandung ini adalah pandangan mazhab Hanbali.. kerana mereka mengiktiraf hasil perzinaan dan ada edah padanya.. jadi, sebab tu tak bleh bernikah dgn wanita mengandung mengikut mazhab ini.. sbb masih dlm edah..

  • anonymous Link Reply

    salam saya nak tnya kalau sy seorg student dan nak berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan kedua ibu bapa sy. Tetapi nanti sah tak kalau sy bernikah sekali lagi di hadapan ibu bapa sy? Sy tak mampu nk kecewakan harapan mereka tp dlm msa yg sma sy tak nk buat dosa

  • ahadss Link Reply

    Sering dipersoalkan sah atau tidak berkahwin dengan perempuan yang hamil luar nikah, khususnya hukum mengahwini seorang wanita yang mengandung anak luar nikah, dan jawapan yang diberikan berbeza-beza. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, kita harus ikut apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan tentang persoalan mengandung anak luar nikah ini.

    Secara ringkas, sesuai dengan pandangan mazhab Syafie, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa perempuan yang hamil luar nikah harus dikahwinkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

    Fatwa ini menggabungkan dua keadaan yang berbeza dari segi pasangan (lelaki) yang dikahwini:

    Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki yang berzina dengannya
    Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki selain dari yang menyebabkan wanita itu hamil
    Fatwa yang dikeluarkan itu menyentuh tentang hukum yang sama bagi kedua-dua keadaan, tapi tidak menyentuh tentang perbezaan yang wujud dalam dua keadaan ini.
    Oleh itu, elok kita lihat pandangan ulama tentang perbezaan dalam dua keadaan ini.

    Secara amnya, ulama berpendapat bahawa pasangan zina boleh berkahwin dengan wanita itu dan seterusnya melakukan hubungan senggama dengannya setelah berkahwin

    Perkahwinanan antara pasangan yang terlibat adalah baik, sebab anak yang bakal lahir akan menjadi anak tiri kepada lelaki berkenaan (ayah sebenarnya), dan mereka masih boleh hidup bersama dalam satu keluarga, walau pun tak berhak antara satu sama lain, seperti yang dinyatakan dalam fatwa di atas.

    Bagi lelaki yang bukan pasangan zina perempuan itu, masih boleh berkahwin dengannya, tapi tak boleh senggama dengannya sehingga bayi telah lahir.

    Ini berdasarkan beberapa hadith, contohnya yang bermaksud seperti berikut: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain”. (Iaitu menyetubuhi wanita yang mengandung bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan).

    Syarat ini (tak boleh senggama) boleh menjadi agak berat bagi pasangan yang mempunyai nafsu yang normal. Mampukah mereka mengatasi cababaran yang bakal dihadapi: sering bersama, tidur pun bersama, tapi tak boleh senggama.

    Oleh itu, pasangan yang bukan pasangan zina kepada wanita yang hamil luar nikah harus berfikir baik-baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin sebelum bayi lahir. Mungkin lebih baik menunggu sampai bayi dah lahir, baru kahwin. Dan pastikan pezina itu telah betul-betul bertaubat sebelum menjadikan dia isteri yang sah, sebab hukum perkahwinan orang beriman dengan pezina ialah haram. Kalau dia dah bertaubat, dia bukan lagi pezina dan boleh dikahwini.

  • Kamarul Hazini Link Reply

    Assalamualaikum wbt. tuan,
    Artikel yang tuan petik dari informasikini (website ini telah ditutup) adalah mengelirukan kerana Malaysia umumnya adalah pengikut mazhab Syafie dimana harus berkahwin dalam kes tersebut. Penjelasan secara terperinci termasuk dalil telah ditulis oleh Uztaz Zaharudin.
    Sila baca : http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/469-hukum-nikah-wanita-hamil-anak-luar-nikah.html

    Saya memohon tuan menyiarkan artikel yang tidak terdapat khilaf hukum hakamnya kerana pembaca terdiri dari pelbagai tingkat kefahaman tentang agama.

    Saya berdoa kita semua jangan termasuk dalam golongan yang menyebarkan ajaran2 yang salah tentang Islam (secara tidak sengaja atau sengaja) walaupun berniat baik membantu sesama muslim.

  • roseli Link Reply

    Salam, kalau nk tulis artikel sertakan dari mana rujukan anda. jangan cuba mengelirukan org ramai. fatwa kebangsaan dh putuskan tentang hal ini. rujuk laman web fatwa kebangsaan. kalau tak tahu hukum hakam agama. jagan gatal2 tangan nk menulis. lebih baik DIAM.

  • jaja Link Reply

    salam..sy ade pertanyaan nak tanya..sy pon mmpunyai masalah yg sama.saya telah trlnjur dan tahu mengandong 5bulan.ibu bpa sy trus nikah kn kami di selatan thailand sbb nk tutup malu.sekarang anak sy dah 5tahun..kami masih brsma cm suami istri lain.tp lama kelamaan sy ade terbaca yg pernikahan kami tidak sah selama ini.sekarang mmg kami nak peebetulkn keadaan balik.cuma kami tidak tahu bagaimana?apa yg perlu kami lakukan untuk perbetulkan apa yg salah?perlu ke kami nikah balik?kami pon buntu..sekarang kami da terpisah hampir setahun…di sebabkan suami di tahan di pusat pemulihan dadah.suami saya akan di bebaskan pada bulan 6 ini..jadi bila dia bebas,kami perlu buat apa untuk bersama sebagai suami istri yg sah??kami betul2 buntu….

  • hamba allah Link Reply

    Assalamualaikum, sy trkjot bla bca artikel ni. Sbb sy ad saudara yg ada msalah cmtu. Tpi stlah dia baca artikel ni, ramai yg cnfuse memberi pndapat yg brlainan. ramai yg menganggap artikel ni
    tak msok akal. Jujur sy ckp, artikel ni sgt bercanggah. Dan, sy mhon jasa baik pnulis ni, menyelesaikan kekeliruan org rmai. Trma kasih!

    bknkah islam itu memudahkan? Sy mhon jsa baik penulis artikel ni,

  • lyna Link Reply

    Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah.
    Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya
    • tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu,
    • tidak dapat pesaka daripadanya,
    • tidak menjadi mahram kepadanya
    • dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

  • syarul Link Reply

    Kurang tepat kerna tidak di sertakan pencerahan dr ayat quran hadist & dalil

  • nha Link Reply

    salam semua. TOLONG TAKE NOTE RUJUK DARIPADA LINK BAWAH INI DARIPADA MUFTI KITA. wallahu a’lam.

    p.s. kepada penulis website ini, Harap anda cepat-cepat sedar atas kekhilafan anda dan tolong perbetulkan segera menurut ilmu yang sebetul-betulnya sebelum terlambat suatu hari nanti. harap dipermudahkan segala semua urusan-urusan dunya akhirat anda semua inshaaAllah..🤲🏻

    http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1191-al-kafi-293-hukum-bernikah-dengan-wanita-hamil-akibat-zina

  • Sufian bin mohamad Link Reply

    Apsal bangang sgt penulis ni?dah terang2 xde dalil dan nas yg sahih…blh pulak kata mazhab shafie dah btukar sbb duit ….kau hidup zaman imam syafie ke smpai blh tau mazhab bertukar sbb duit?ataupun kau ni syiah?rujuk para ulama la…jgn main hentam kromo..dgn confident kau jawab ye…berbalah dgn kau mcm berbalah dgn para alim ulama…aku rase kau pakai mazhab baru ni..

Leave a Comment