Biarkan kehebatan produk itu memasarkan dirinya sendiri. Namun, bagaimana harus produk itu membuktikan keberkesanannya jika tiada siapa yang mahu mencuba? Dan bagaimana sesiapa berminat untuk mencuba, sekiranya tidak tahu mengenainya?
Adalah amat penting untuk menghasilkan bahan pemasaran yang mampu ‘jatuh’ ke pangkuan bakal pelanggan. Ramai yang beranggapan mempunyai gambar iklan adalah lebih penting daripada kata-kata. Pengiklanan berbentuk gambar sesuai di papan tanda lebuh raya, di bunting-bunting iklan dalam laman sesawang. Bak kata orang, “Sekeping gambar mampu menggambarkan seribu kata.” Persoalannya, adakah bakal pelanggan anda dapat menangkap kata-kata yang ingin disampaikan? (more…)
