Bagaimana SPAM E-Mail Boleh Terjadi Dan Tersebar

Ada Dua perkara yang ingin saya kemukakan kepada pengunjung-pengunjung yang saya hormati.

Perkara Pertama :

Dalam beberapa bulan yang lalu, Yahoo Email dan Hotmail saya telah kena hack. Mujurlah saya sentiasa membuat pemantauan dan membuat tindakan segera.

Baru-baru ini FB saya hampir kena hack oleh seseorang mangkuk dari Hanoi Vietnam. Alhamdulillah, niat jahat dia tidak tercapai kerana password saya yang agak kukuh.

Password yang kukuh mempunyai sekurang-kurangnya 13 karakter yang terdiri dari 3 huruf kecil, 3 huruf besar, 3 nombor, 3 simbol dan 1 lagi dari antara 4 jenis tadi.

Juga huruf yang digunakan semestinya tidak diambil dari KAMUS.

Akhir sekali, PASSWORD perlu ditukar sekali setiap 1 atau 2 bulan.

Perkara Kedua :

Pada masa yang sama, setiap hari saya dapat puluhan SPAM mesej pendek yang mempunyai link yang aktif. Jika saya klik LINK ini, PC saya akan dijangkiti virus atau worm atau trojan atau malware atau kod jahat.

100% SPAM email yang saya terima adalah dari kalangan puluhan sahabat di dalam YAHOO GROUPS. Mereka tidak perasan bahawa PC mereka telah menjadi SPAM ZOMBIE.

Ada tak sesiapa yang menerima spam dari saya? Jika ada, sah saya juga telah menjadi SPAM ZOMBIE.

Apa itu SPAM ZOMBIE?

SPAM ZOMBIE ialah sesebuah PC yang telah dijadikan ( tanpa izin ) sebagai hamba penghantar SPAM kepada segenap contact email address yang berada dalam Microsoft Outlook dan Outlook Express.

Bagaimana boleh menjadi SPAM ZOMBIE tanpa izin?

  • Empunya PC main klik aje setiap apa saja link yang dihantar melalui email tanpa berfikir dan tanpa memeriksa
  • Empunya PC menggunakan software pertahanan virus yang lemah atau tidak updated atau tidak ada pertahanan sama sekali.
  • Empunya PC melawat mana-mana laman web yang kelihatan baik tapi sebenarnya jahat ( laman web munafik … hehehehe ). Laman web jahat ini akan menghantar kod jahatnya melalui browser seperti FireFox, Internet Explorer dan sebagainya. Setelah tutup PC, kod jahat ini akan ter-install di dalam PC apabila PC dihidupkan semula.
  • Empunya PC kuat download macam-macam software, file, music dan video yang telah dijangkiti atau sengaja mempunyai kod jahat seperti TROJAN, MALWARE, KEYLOGGER, ROOTKITS, VIRUS dan WORM.

KOD JAHAT akan menginap secara sembunyi di dalam PC selama mana empunyanya cuai tidak perasan.

Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi SPAM ZOMBIE?

Gunakan software pertahanan yang mempunyai kebolehan sekaligus, iaitu:

-> anti-virus
-> anti-malware
-> firewall
-> online protection

Contoh software pertahanan yang sangat kuat, sangat murah, sangat ringan dan sangat laju ialah:

-> Webroot atau Prevx
-> Malwarebytes Anti-Malware
-> Trojan Remover ( TR )

Kalau di-install ketiga-tiga software ini, lagilah bagus. Tak perlu lagi yang lain. Kapersky, Norton dan sebagainya tidak cukup kuat pertahanannya, tidak cukup tangkas dan juga boleh melembapkan sistem PC.

Oleh kerana hidup online semakin menjadi budaya penting dan boleh dikatakan keperluan untuk setengah daripada kita, saya galakkan sahabat semua memperkukuhkan pertahanan online juga.

NOTA

Setelah diberi pengetahuan dan nasihat di atas, diharap sahabat-sahabat saya yang disayangi semuanya dapat ambil tindakan segera.

Saya takut saya tersilap langkah dan terklik link yang berada dalam spam. Maka PC saya lah pulak menjadi SPAM ZOMBIE. Bertambah dan bercambahlah pulak mangsa. Dapatlah saya dosa kering menganiaya orang lain secara tak sengaja di dalam kejahilan saya sendiri.

Selepas 7 hari daripada email ini, sekiranya masih ada SPAM yang saya terima dari PC SPAM ZOMBIE, maka terpaksalah saya buat tindakan yang paling tidak disukai saya. Terpaksalah saya meletak email address yang mempunyai SPAM ( yang tak disengajakan itu ) ke dalam kategori BLACKLIST ( automatic report and delete ).

Akibatnya, IP dan juga email address tersebut akan masuk ke dalam blacklist SPAMHAUS.org. Ini amat menyusahkan komunikasi secara email pada masa akan datang.

Saya telah bersabar selama 6 bulan dan kejadian ini semakin melarat. Maka saya beranggapan bahawa mesej dan tindakan ini sangat adil.

Semoga bertambah ilmu manfaat untuk kita semua setelah ini.

Sumber : Mann Trexx

Dunia Maklumat

2 Comments

  1. Adik saya pernah terkena bro, nasib baik tak apa2. Thanks for the maklumat 🙂

  2. Sama2..apa2 pon sama-sama kita jaga PC kita ngan baik..yg x update anti virus tu update lah..supaya anti-virus berfungsi selalu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *