Barisan Nasional Kekal Menjadi Peneraju

pru13 malaysia

UMNO kekal menjadi peneraju Barisan Nasional setelah berjaya memenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Barisan Nasional telah memenangi 109 kerusi daripada 133 kerusi dalam pilihan raya kali ini. Ia menunjukkan peningkatan pencapaian BN iaitu sebanyak 23% daripada PRU pada tahun 2008 dimana BN memenangi 79 kerusi daripada 117 kerusi.

Seterusnya, untuk Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO telah berjaya menguasai 224 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertandingkan. Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak telah memperolehi majoriti iaitu sebanyak 35 613 undian. Datuk Seri Najib Razak berjaya mempertahan kerusi Pekan daripada di ambil daripada pihak lawan iaitu Mohd Fariz Musa dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

Selain itu, Timbalan Presien UMNO, Tan Sri Muhyiddin telah mempertahankan kerusi Pagoh setelah mengalahkan pihak lawan dari PAS iaitu Mohd Rozali Jamil. Tan Sri Muhyiddin menang majoriti dengan undian sebanyak 12 842 undi.seterusnya Setiausaha Agung UMNO iaitu Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi untuk Putrajaya selama 3 kali berturut-turut dengan mendapat undian sebanyak 5541 undi.

Manakala di Kedah, UMNO menguasai 19 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan semalam. Oleh itu membolehkan BN mengambil alih pemerintahan negeri tersebut dimana sebelumnya diperintah oleh PAS. Di negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah masih menjadi kubu kuat UMNO kerana berjaya menguasai hampir keseluruhan kerusi Parlimen dan Dun yang dipertandingkan. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai penambahan 1 kerusi apabila berjaya dalam undian Titiwangsa serta mengekalkan pemerintahan di Setiawangsa.

Keputusan Penuh Parlimen Dan DUN PRU 13

PARLIMEN
BN PR LAIN-LAIN
133 89 0

 

DEWAN UNDANGAN NEGERI

NEGERI BN PR LAIN-LAIN
Johor (56) 38 18 0
Kedah (36) 21 15 0
Kelantan (45) 12 33 0
Melaka (28) 21 7 0
N. Sembilan (36) 22 14 0
Pahang (42) 30 12 0
Penang (40) 10 30 0
Perak (59) 31 28 0
Perlis (15) 13 2 0
Sabah (60) 42 12 0
Selangor (56) 12 44 0
Terengganu (32) 17 15 0

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:Selangor – Pakatan 44, BN 12. Penang – Pakatan 30, BN 10. Kelantan – Pakatan 33, BN 12.

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ) .Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. DAP – 38PKR – 30PAS – 21.

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut Perak BN 31 PR 28Terengganu BN 17 PR 15Kedah BN 21 PR 15Negeri Sembilan 22 PR 14.

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

Kepada pemenang kami ucapkan selamat berkhidmat kepada rakyat dan kepada yang kalah cuba lagi pada pilihanraya yang akan datang. Kepada para penyokong selamat bekerja dan bercuti esok (hari ini).

Sekian.

8 Comments

  1. keputusan telah diketahui ..
    harap sekarang masa untuk berkhidmat

  2. Harapan kita semoga mereka laksanakan tanggungjawab..janji ditepati..turun minyak hehehe

  3. ayuh jalankn tugas2 dengan segera heeee

  4. sapu bersih tapi ada gak yag kalah tak terduga

  5. janji yang diberikan harus ditepati !

  6. tahniah kepada yang menang. sila usaha lagi. dengan lebih kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *