HafizAmri.Com
Portal rujukan terkini merangkumi strategi pemasaran afiliasi, pengurusan kewangan, analisis saham pasaran, serta panduan gaya hidup dan kesihatan praktikal.
HafizAmri.Com
Portal rujukan terkini merangkumi strategi pemasaran afiliasi, pengurusan kewangan, analisis saham pasaran, serta panduan gaya hidup dan kesihatan praktikal.
Inspirasi Bisnes Digital, Kewangan, dan Gaya Hidup Semasa
Inspirasi Bisnes Digital, Kewangan, dan Gaya Hidup Semasa

Bulan Rejab memiliki beberapa kelebihan dan keistimewaan, antara lain:
Bulan Rejab memiliki banyak kelebihan dan keistimewaan yang sangat penting bagi umat Islam. Ia dilihat sebagai masa untuk beribadat, memperbaiki diri, dan memperoleh berkat dan kelebihan dari Allah.
Perkataan Rejab terdiri daripada huruf Ra Jim Ba. Gabungan tiga huruf bermaksud menyokong sesuatu atau menguatkan sesuatu. Dikatakan masyarakat Arab menamakan bulan tersebut sebagai Rejab kerana pada masa itu mereka membuat sokongan pada pokok-pokok kurma yang hampir tumbang. Mereka memuliakan bulan ini dengan beberapa cara. Antaranya:
Perkataan Rejab tidak terdapat di dalam Al-Quran. Al-Quran hanya menyebut bulan-bulan haram tanpa menjelaskan secara khusus apakah yang dimaksudkan dengan bulan-bulan tersebut.
Firman Allah SWT:
[التوبة: 36]
Maksud : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah SWT ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu adalah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum Kafir Musyrik semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bertaqwa. [At-Taubah: 36]
Faedah Ayat
Allah SWT berfirman:
Firman Allah SWT:
Allah SWT berfirman:
Sabda Rasulullah SAW:
Maksud : Masa itu telah kembali semula seperti asal ketika Allah SWT menjadikan langit dan bumi. Setahun itu mangandungi dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan haram. Tiga daripada empat bulan tersebut adalah berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sementara bulan Rejab umpama kabilah Mudhar yang berada di antara bulan Jumadal Akhirah (Jamadil Akhir) dan Syaaban.
[Sohih Bukhari, Kitab Permulaan Kejadian, Bab Tentang Tujuh Lapisan Bumi, Jilid:3, m/s:1168, no:30265]
Hadis di atas menjelaskan maksud bulan-bulan haram yang disebut di dalam Al-Quran secara umum iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Perang
Menurut kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah, tidak boleh diadakan sebarang peperangan sepanjang bulan Rejab dan bulan-bulan haram yang lain. Setelah kedatangan Islam, hukum ini dikekalkan. Allah SWT berfirman:
Kemudian larangan ini dinasakhkan dengan akhir ayat yang ke-36 daripada surah at-Taubah. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Sebahagian ulama’ berpendapat larangan perang di bulan haram masih lagi kekal tetapi tidak menjadi masalah bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian bulan-bulan haram itu dengan mengadakan peperangan jika ia dimulakan terlebih dahulu oleh pihak musuh.
Allah SWT berfirman:
Puasa
Tiada nas yang sohih menyatakan hukum tentang puasa Rejab secara khusus sama ada yang menunjukan sunat atau laragan. Terdapat hadis yang melarang berpuasa pada bulan Rejab namun ulama’ menilaikannya sebagai lemah. Begitu juga terdapat hadis-hadis yang menggalakkan puasa sunat di bulan Rejab. Namun ia dinilaikan oleh ulama sebagai sangat lemah. Sebahagian ulama’ berpendapat hukum berpuasa pada bulan Rejab itu adalah sunat berdasarkan hadis yang menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram.
Maksud : Daripada Mujibah al-Bahiliyah, bapanya atau bapa saudaranya menemui Rasulullah SAW kemudian beliau pulang ke kampungnya. Setelah setahun berlalu, beliau menemui Rasulullah SAW semula dalam keadaan dirinya yang berbeza daripada sebelumnya. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah! masihkah engkau mengenaliku? Rasulullah SAW bertanya: Siapakah kamu? Beliau berkata: Akulah orang yang datang menemuimu tahun lalu. Rasulullah bersabda: Apakah yang menyebabkan keadaanmu berubah, sedangkan sebelum ini kamu kelihatan segak? Beliau berkata: aku tidak menjamah makanan melainkan pada waktu malam sejak aku meninggalkanmu tahun lalu. Rasulullah SAW bersabda: Kenapa kamu menyiksa dirimu? Puasalah hanya di bulan Ramadhan dan satu hari pada setiap bulan. Kemudian beliau berkata: Tambahlah lagi wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku mampu. Rasulullah menjawab: Puasalah dua hari dalam sebulan. Lalu dia berkata lagi: Tambahlah lagi wahai Rasulullah. Rasulullah SAW menjawab: Puasalah tiga hari. Dia berkata: Tambahlah lagi. Nabi bersabda: Puasalah pada hari-hari daripada bulan-bulan haram dan tinggalkan sebahagian daripadanya. (Nabi mengulangi sebanyak tiga kali).- [Sunan Abu Daud, Kitab Puasa Bab Puasa Pada Bulan-bulan Haram, Jilid:2, m/s:322, no:2428]
Hadis ini mempunyai sedikit masalah pada sanadnya. Namun ia merupakan hadis yang paling kuat dalam menyatakan sunat berpuasa pada bulan Rejab di samping bulan-bulan haram yang lain.
Oleh sebab bulan Rejab salah satu daripada bulan haram yang diberkati oleh Allah, maka amalan yang dilakukan padanya sudah tentulah mempunyai kelebihan khusus berbanding bulan-bulan biasa. Begitu juga kejahatan yang dilakukan padanya lebih berat berbanding dengan kejahatan yang dilakukan pada bulan-bulan biasa. Inilah yang difahami daripada larangan yang terkandung di dalam firman Allah SWT yang berbunyi:
Maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan haram (dengan melanggar larangan-Nya) [at-Taubah: 36]
Oleh itu, sebahagian ulama’ berpendapat digalakkan melakukan amal soleh pada bulan Rejab dan bulan-bulan haram yang lain seperti puasa, solat, sedekah dan seumpamanya.
Sembelihan
Antara budaya masyarakat Arab Jahiliah ialah mempersembahkan korban berupa haiwan ternakan kepada berhala-berhala mereka. Korban ini dinamakan ‘Athirah’. Setelah kedatangan Islam, amalan ini diharamkan sama sekali. Rasulullah SAW bersabda :
Maksud: Tiada sembelihan “Faraak” yang dibenarkan, begitu juga sembelihan “Athirah”.
[Sohih Bukhari, Kitab Aqiqah, Bab Athirah, Jilid:5, m/s:2083, no:5257]
Farak ialah sembelihan yang dipersembahkan kepada berhala apabila unta yang diternak oleh seseorang itu memperolehi anak yang pertama.
Athirah pula ialah sembelihan yang dilakukan pada bulan Rejab. Ia juga dinamakan sebagai Rajabiyyah.
Dua jenis sembelihan ini telah dihapuskan oleh Islam. Namun menurut setengah ulama’ hanya sembelihan yang dipersembahkan kepada berhala dan dengan anggapan wajib sahaja yang dibatalkan oleh Islam. Oleh itu, mereka berpendapat sembelihan “Athirah” itu hukumnya digalakkan sahaja. Hal ini selagimana ia tidak terikat dengan kepercayaan dan sembahan berhala, maka mana-mana yang disembelih kerana Allah, maka halal sembelihannya.
Berdasarkan kepada hadis daripada Nubaisyah, mereka (para sahabat) bertanya kepada Nabi SAW berkenaan dengan sembelihan athirah sejak zaman jahiliyah iaitu sembelihan dalam bulan Rejab. Lalu Nabi SAW menjawab :
“Sembelihlah niat kerana Allah pada mana-mana bulan sekalipun, dan lakukan kebaikan kepada Allah dan berilah makan (kepada manusia lain)” – Abu Daud no 2830, An-Nasai no 4233
Ibu Abbad RA menyatakan bahawa makruh menjadikan bulan Rejab sebagai perayaan (iaitu berkaitan sembelihan athirah pada bulan Rejab,yang memberikan maksud sembelihan tersebut sebagai sebuah perayaan). – Kitab Latoif Al-Maarif, cetakan Al-Maktab Al-Islami, m/s 212
Justeru, sebahagian ulama yang menyatakan tidak mengapa melakukan sembelihan ialah apabila tidak terikat dengan kepercayaan iaitu sembelihan adalah niat kepada Allah, dan sembelihan tersebut bukan ada apa-apa kaitan dengan perayaan sebagaimana pada zaman jahiliyah.
Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang Bulan Rejab
Wallahu a’lam
Disediakan oleh:
Rabiatul Adawiyah Shamsudin
Rujukan
Rujukan tambahan :
1- Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, jilid pertama, oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily, cetakan Dar Al-Fikr
2- Latoif Al-Ma’arif, oleh Imam Ahmad bin Rajab Al-Hanbali, cetakan Al-Maktab Al-Islami