BUMI – EARTH

Bumi Kita

Walaupun angkasa lepas terlalu luas namun ruangnya yang luas tersebut sentiasa cukup untuk memenuhi dan mencukupi untuk menyimpan koleksi-koleksi planet, bintang, matahari, bulan dan makhluk-makhluk yang lain.

Sehingga kini, tiada siapa pun yang tahu berapa keluasan dan dimanakah penghujung alam semesta yang luas ini..? Hanya TUHAN saja yang tahu kerana TUHAN maha mencipta dan maha agung..

Ruang angkasa lepas umpama air dan kesemua makhluk-makhluk angkasa lepas umpama hidupan yang hidup di dalam air.. Jika tiada air, tiadalah ikan dan sebagainya..

JIKA TIADA ANGKASA LEPAS,..?? TIADA JUGALAH BUMI DAN SEBAGAINYA..

Dalil Al- Quran Penciptaan Bumi

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ وَمَا مَسَّنَا مِن لُّغُوبٍ۬ 

“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan”
Surah Qaaf 38

Walaupun Bumi berbentuk sfera, namun ia tetap memberikan permukaan yang rata kepada penduduknya.. Dan penduduknya adalah kita..

Berterima kasihlah kita kepada daya tarikan gravitinya yang sentiasa menahan kita agar kita tidak terjatuh daripada daratan yang rata tetapi kenyataanya adalah sfera..

Walaupun Matahari terlalu panas tetapi cahayanya tetap mencukupi untuk menerangi Bumi serta seluruh sistem suria.. Ia juga memberi cahaya sokongan kepada Bulan agar bulan dapat bercahaya terang di malam hari..

cahayanya juga juga mempunyai banyak kebaikannya serta faedahnya.. Cahayanya jugalah yang mampu menyuburkan tanaman serta menemani hari siang kita setiap hari tanpa berhenti atau cuti sekalipun..

Cahayanya akan hilang bila tiba masanya kelak (HARI KIAMAT) dan masa itulah yang amat digeruni oleh semua makhluk.. Bayangkan jika tiada Matahari..? Sudah tentu dunia akan dipayungi kegelapan yang amat memilukan tanpa cahaya sinarannya..

See also  Kiamat hanya Menanti Seruan Allah

jadi, janganlah anda merungut bila hari siang terlalu panas kerana memberi cahaya dan kepanasan itu adalah tugas Si Matahari..

Walaupun Bintang terlalu jauh dengan kita sehingga belum ada seorang pun yang mampu untuk mencapainya tetapi ia sering menghiasa langit malam kita.. Ia sering hadir bila malam terlalu kosong dan simple dengan membawa rakan-rakanya yang ramai. Ia juga sering memagari bulan supaya suasana malam Nampak indah dengan gabungan pasangan yang ideal iaitu Bintang dan Bulan..

Bayangkan jika Bintang tiada di malam hari, alangkah kosongnya landscape langit…?? Pernahkah kita berfikir tentangnya..?? Tidak sama sekali..

Walaupun Bulan sentiasa meninggalkan kita, namun ia dating kembali bila cukup tempohnya berehat serta lahirnya kembali cahaya Bulan dimalam hari.. Ia sentiasa datang dan pergi dan fenomena ini akan sentiasa berulang-ulang.. Demi menemani kita dimalam hari yang gelap lagi sunyi, ia datang membawa sinaran cahaya bulan mengambang yang digelar SUPER MOON..

Sungguh besar jasa bulan ini walaupun ianya hodoh bila dilihat dengan dekat tetapi cahayanya tiada tandingannya.. Belum ada lagi cahaya buatan manusia yang mampu menandingi cahaya Bulan ini..

Sungguh serasi Bulan digandingkan dengan Bintang.. Jadi, tidak hairanlah jika kita sering mendengar ayat BULAN DIPAGARI BINTANG..

Warna biru dan hijau amat popular dikalangan kita.. Siapa tidak tahu bahawa biru adalah lautan yang membentang luas dan hijau adalah tumbuhan yang subur menutupi daratan yang gondola tanpa hiasan warna yang menarik..

Walaupun laut seringkali dicemari dengan sisa-sisa toksik yang beracun namun ia masih tetap membekalkan air bersih yang cukup buat kita..

Memang benar air yang digunakan untuk minum dan membersih diri datang dari sungai tetapi cuba kita berfikir sejenak air sungai datangnya dari mana jika tidak daripada air laut.?? Siapa punya angkara laut tercemar..??

See also  Pelukis kartunis Denmark Kurt Westergaard Yang Menghina Nabi Mati Dijilat Api

Mestilah kilang-kilang serta golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab.. Kerajaan, Negara selalu memuji industri perkilangan kerana telah memberikan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan kepada Negara tetapi yang sedihnya tiada siapa pun yang mempedulikan nasib laut atau sungai yang tidak berdosa dicemari dengan kejam..

Laut dan sungai kita kini sedang menangis kesakitan kerana dicemari dengan teruk serta penghuni-penghuninya ditangkap dan dibunuh..

Penghuni yang dimaksudkan ialah segala hidupan yang menemani laut yang sunyi sejak sekian lama seperti ikan dan sebagainya.. Raja lautan PAUS dibunuh dan dimakan, JERUNG dihalau daripada habitatnya yang memaksanya untuk sentiasa berhijrah setiap tahun..

Walaupun rumput sentiasa dipijak namun ia masih mampu lagi menahan kehijauannya untuk menghiasi daratan yang gondola.. Jika ia mati (layu) sekalipun, ia tentu akan menyerahkan tugasnya kepada anak-anaknya yang bakal menjadi penghias utama daratan manusia..

Jika tiada rumput, maka warna daratan kita adalah warna cokelat.. Mahukah kita ..?? Sudah tentu tidakkan..?? Amat menyedihkan pokok-pokok banyak ditebang dan kawasan yang penuh dengan warna kehijauan diteroka..
Tidakkah kita tahu bahawa pokok banyak berjasa kepada kita walaupun tidak pernah bersua dengannya..??

Setiap Gas Karbon Dioksida yang dilepaskan oleh kita telah diserap oleh pokok dan ia menapisnya semula maka terbentuklah oksigen yang baru dan oksigen tersebut telah digunakan oleh kita untuk bernafas..

Industri pelancongan kini semakin meningkat dengan mendadak dengan banyak pembinaan hotel yang mewah lagi moden.. Industri ini sering dipuji manakala nasib Sang Hijau tidak diendahkan..

Setakat ini kurang hotel atau mana-mana bangunan dibina berkonsepkan alam semula jadi.. Amat menyedihkan kerana kerakusan manusia yang tiada batasannya, alam semula jadi menjadi mangsa korban..

See also  Hari Kiamat

Walaupun kebanyakan binatang tidak dapat menjadi teman manusia tetapi mereka sering menemani hutan atau rimba yang sunyi kerana ketiadaan peneman atau penduduk.. Tiada siapa yang mahu hidup di hutan mahupun dataran rimba yang tiada apa-apa melainkan binatang yang setia ini..

Mereka menggunakan kesempatan ini dengan baik dan langsung tidak mencacat celakannya pun.. Namun, mengapa mahkota Sang Raja Rimba (SINGA) dirampas..? Mengapa gergasi GAJAH sering ditewaskan..?? Mengapa mereka kehilangan habitat asal mereka..?? Apakah salah mereka..??

Pernahkah kita mendengar Sang HARIMAU mencuri kereta Pak Munawey..?? Pernahkah kita mendengar Uncle BUAYA merompak bank..?? Tidak sama sekali.. Mereka langsung tidak menganggu apa yang dimiliki oleh kita namun kita yang terhegeh-hegeh mengambil hak mereka..

Gading GAJAH diambil..!! Kulit HARIMAU dijadikan baju berkulit demi memenuhi keingini fashion terkini..!! Fikirlah betapa kejam dan bodohnya kita sebagai manusia..

Sampai bilakah kita ingin melihat kekejaman ini berlaku..?? Darah ditumpahkan.. Tanah air dijajah.. Hak Negara dirampas..?? Manusia berperang sesama sendiri kerana kuasa..

Peperangan boleh dileraikan oleh orang yang bijaksana dan mampu dimulakan oleh orang yang bijaksana..
Siapa punya angkara peperangan tercetus, mestilah PEMIMPIN.. Mereka hanya mengarahkan dan mengisytiharkan peperangan.. Perbalahan antara 2 pemimpin menyebabkan rakyat menjadi mangsa korban..

BUMI KINI SEDANG MENANGIS TERESAK-ESAK MEMERHATIKAN NASIBNYA YANG MENUGGU MASA UNTUK MUSNAH KERANA BERLAKU KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN TERHADAPNYA SETIAP HARI.. TIDAK DISANGKAKAN BAHAWA BUMI TELAH MENUMPANGKAN DIRINYA KEPADA MANUSIA TETAPI MANUSIA INGIN MENGHANCURKANNYA..

SAYA TIDAK MEMAKSUDKAN SEMUA MANUSIA TETAPI SESETENGAHNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.. MANUSIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TIDAK UBAH SEPERTI SEEKOR ANJING YANG TERSEPIT..
BUMI KITA KINI SEMAKIN TUA DAN LEMAH..

SELAMATKANLAH BUMI KITA..!!! JIKA BUKAN KITA, SIAPA LAGI..???!!!

Suntingan : YUz D’wIndow

Dunia Maklumat

1 comment… add one

Leave a Comment