Cara Atasi Sifat Marah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
pagi jgn marah

Manusia memang tidak akan lari untuk mempunyai perasaan Marah. Namun, sikap marah bukanlah jalan penyelesaian masalah dan kadang-kala ia hanya menyebabkan keadaan menjadi semakin rumit. Semua ini melibatkan perasaan dan adalah penting untuk kita belajar cara mengawal emosi ketika dalam keadaan marah. Berikut merupakan panduan untuk mengatasi sikap marah:

1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

See also  Jangan Buka Aib Orang

5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
7 comments… add one
  • suri Link Reply

    sy klu marh mmg diam. klu pikir sy cpt2 ingt baca la ila ha ila anta tuh…klu lupa nk baca sllu sy akan bt sesuatu,slu jdi mangsa sy buat brg2 kraft…pastuh dok ar dlm bilik sorg2 smpi benda kita pikir dalam kepala tu jadi sebuah brg kraft hee..

  • suri Link Reply

    setuju klu mrh kita duduk, bgtu sebaliknya..admin ada mrh2 ker ?

  • yups, usah marah2
    nanti cepat tua
    hehe

  • tak elok marah, kena bawa banyak bersabar kan

  • betul. tak elok marah-marah.

  • shafiqah azlan Link Reply

    hurm.. tq.. skrg ni sye tgh marah.. al
    hamdulillah, brkurg sikit rasa mrh bile bce entry nih

  • zie Link Reply

    btol tu..rasa mrh sy pon berkurang…

Leave a Comment