Cara Memperbaiki Hubungan Persahabatan

friends

Kadang-kadang perselisihan faham boleh berlaku dalam persahabatan. Bagaimana cara untuk kita memperbaiki kesilapan adalah bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita menerima dan menyelesaikannya. Berikut merupakan ikhtiar dan pandangan dari sudut pengalaman penulis, saya yakin anda juga mempunyai pandangan masing-masing untuk menyelesaikan masalah dalam perhubungan.

  • Maaf – beranikan diri untuk meminta maaf jika telah berbuat salah pada mereka. Moga-moga mereka akan memaafkan kita. inshaAllah perhubungan akan pulih semula.
  • Mengalah – adakalanya kita perlu mengalah pada situasi untuk menyelamatkan keadaan dan mengelakkan hubungan menjadi keruh. Walaupun kita tidak salah tetapi jika itu penyelesaian terbaik maka maka lakukanlah.
  • Hormat pandangan mereka – kita juga harus mendengar pandangan dan luahan mereka. Dengan itu, kita boleh mencari jalan penyelesaian secara rasional tanpa perbalahan.
  • • Kawal emosi – perkara emosi ini amat penting untuk kita kawal kerana emosi yang menyebabkan suasana menjadi tegang. Tidak salah jika kita bersabar dan bertolak ansur sesama sendiri dengan itu hubungan lebih mudah untuk diperbaiki.
  • Beri masa – kadang-kadang kita dan mereka juga memerlukan masa untuk berfikir dan tenangkan perasaan. Andai itu pilihan yang baik, lakukan lah namun jangan pernah lari untuk menyelesaikannya. Cari masa untuk tenangkan fikiran disambil berfikir mencari jalan penyelesaian.
  • Jangan menggunakan nada tinggi – elakkan menggunakan ayat tinggi dan kasar dengan mereka kerana ia akan menyebabkan hati semakin terluka dan keadaan juga semakin keruh. Bersabarlah dan berbincanglah dengan sebaik-baiknya.
  • Doa – jangan berhenti berdoa kepada Tuhan agar masalah dapat diselesaikan dengan segera. Percayalah, Doa itu sangat mujarab :’)

Bertolak ansur merupakan asas utama yang ada pada diri manusia untuk menyelesaikan masalah. point diatas merupakan pandangan penulis sahaja, maaf jika ada tersalah dalam perkongsian…
Kongsikan pandangan anda juga, moga-moga ia dapat membantu..

7 Comments

  1. Jangan ego juga boleh membaiki hubungan persahabatan. Kadang-kadang kita terlalu ego hinggakan kita susah nak minta maaf, susah nak memaafkan, tak nak mengalah etc.

  2. saya susah nk lepas ego saya..
    saya x boleh memaafkan org tu..
    saya x ambik kisah pun
    saya susah sangat nk mengalah bagi saya sapa yang salah tetap salah x payah nk putar belik kan ayat

  3. Tapi kalau dia yg x nk maafkan kita?

    • X pe…kite doakan je yg terbaik untuk kita dan dia

  4. persahabatan yg begitu akrab hancur krana datangnya kawan yg baru utk dy , kawan yg baru tu juga telah merosakkan dan meracuni otak dy . bgus 😌

  5. Saya nak minta maaf
    Tapi setiap kali saya nk ckp dgn dia mesti dia buat muka
    Saya tak tau salah saya apa
    Dan saya ni jenis org yg overthinking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *