Cara Mengurangkan Stress di Tempat Kerja

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
imagesnjkn
  • Doa – Sudah semestinya doa merupakan kunci dalam kehidupan harian kita. Jangan lupa untuk berdoa agar urusan seharian kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Hati juga akan menjadi lebih tenang dan positif ketika membuat sebarang tugasan di tempat kerja.
  • Meningkatkan pengurusan masa dan kemahiran organisasi. – Membuat senarai tugasab, belajar untuk mengatakan “tidak” dan berani meminta bantuan apabila anda memerlukannya. Anda perlu Meningkatkan pengurusan masa dan kemahiran organisasi.
  • Menarik nafas panjang – Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Ia mampu melegakan perasaan stress ketika bekerja. Ia juga membantu anda menjadi lebih tenang dalam situasi yang anda telah hadapi.
  • Berehat – Rehat sekejap meskipun 5 minit akan membantu mengurangkan tekanan. Jauhkan dari meja kerja anda dan pergi berjalan-jalan di luar adalah lebih baik.
  • Jadi seorang yang ceria – Jangan kedekut untuk senyum walaupun menghadapi rasa tekanan ketika bekerja. Ini kerana senyum dan ketawa boleh mengurangkan tekanan seseorang. Orang sekeliling juga akan rasa senang ketika bersama anda. Secara tidak langsung ia juga akan membuatkan anda ceria.
  • Baiki/Ubah persekitaran anda – Lakukan apa sahaja yang anda boleh buat untuk menjadikan anda lebih selesa berada di tempat kerja. Contohnya, anda boleh letakkan gambar keluarga anda di meja kerja untuk menjadi sumber inspirasi anda.
  • Dapatkan tidur yang cukup – Biasanya seseorang yang bekerja lebih masa akan menghadapi stress hingga menyebabkan mereka kurang tidur. Oleh itu, apa salahnya jika anda mengambil masa untuk berehat lebih banyak dan mendapatkan tidur yang secukupnya. Ini kerana ia akan membantu mengurangkan beban stress anda.
Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  9 Orang SITI Yang Perlu Dijadikan Contoh Oleh Wanita
3 comments… add one
  • Hairul Azni Link Reply

    Apa yang penting, ikhlas di dalam melakukan setiap kerja..

  • Izzuddin Fauzi Link Reply

    Kita suka dengan apa yang kita buat… No STRESS 🙂

  • luthfi Link Reply

    ditambah dengan olahraga

Leave a Comment