Category: Nasihat

  • Ada 5 Hal Melalui 5 Jalan

    Ada 5 Hal Melalui 5 Jalan

    1. Berkah Rezeki akan di Peroleh melalui Solat Dhuha. (more…)

  • Sebelum Ijab dan Qabul Dilafazkan

    Sebelum Ijab dan Qabul Dilafazkan

    “Sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan, Peiajari ilmu rumah tangga agar kita lebih bersedia menuju hari yang bahagia”

    DEMIKIANLAH bunyi dua rangkai kata daripada iirik nasyid nyanyian In-Team yang memberj erti bagi mereka yang benar-benar menghayatinya. Tetapi sebaliknya bagi yang menikmatinya sekadar ‘halwa telinga’ semata-mata. Hanya dengan ikatan pertunangan atau istilah popularnya ‘takdim‘ sahaja, sesetengah kita sudah menjadi tidak keruan, mana satu yang patut dituruti: syariat atau nafsu. (more…)

  • Tenangkan Jiwamu dengan Kemaafan

    berikanlah-kemaafan

    Apabila kita dilukai, dihina, difitnah atau berhadapan dengan ketidakadilan, kita mempunyai dua pilihan untuk berhadapan dengan perasaan tersebut memaafkan dan melupakannya atau membenci dan berdendam. (more…)
  • Cara Untuk Mendapat Pahala Free

    Cara Mendapatkan PahalaTips Mudah Untuk Mendapat Pahala dan Berterusan

    Janganlah kamu baring ketika azan, dikatakan nanti jenazah kita berat.

    Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku”

    Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..

    5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

    (more…)

  • 5 Perkara Mengenai Ketagihan Yang Perlu Kita Fahami

    Rata-rata ramai pernah melihat seorang penagih dadah, baik dalam dunia realiti mahupun fiksyen semata-mata. Formulanya senang sahaja; jauhi dadah. Namun begitu, mengapa masih ramai yang kecundang?

    how-does-drug-addiction-work

    (c) DrugAddiction.org

    Rupa-rupanya ada beberapa perkara yang perlu kita fahami sebelum membuat penilaian. Penulis terbaca sebuah artikel daripada seseorang yang sedang pulih daripada ketagihan. Dia menjelaskan apa yang telah dia alami serta pengajaran daripada pengalamannya.

    1. Ketagihan Tidak Ketara Sehingga Sudah Teruk

    Imej yang paling lazim kita lihat mengenai penagih dadah adalah dengan menyuntik jarum dan pil. Sebenarnya, amat jarang jarum digunakan bagi yang baru bermula melainkan sudah parah kehendaknya.

    Malahan, sesiapa yang terpengaruh akan bermula dengan pil atau serbuk. Pada awal penggunaan, mereka akan terpedaya kerana pada masa itu masih boleh berfikiran jelas dan impak tidak terlalu ketara. Jangan terkejut seandainya mendapati ada sesetengah yang produktif dalam kerja dan hidup sebenarnya ada mengambil dadah. Oleh itu, pada awalnya mereka menyangka mereka masih boleh mengawalnya, dan tidak mengambil setiap hari atau secara rambang sahaja.

    Alah bisa tegal biasa. Tanpa disedari mereka bukan sahaja mengambil untuk suka-suka, tetapi bergantung padanya. Pada masa itu, mereka mula mencari alternatif yang lebih tegar, dan salah satu daripadanya adalah dengan menyuntik dadah melalui jarum.

    2. Bahaya Overdose: Tiada Kawalan

    Oleh kerana dadah-daha dibeli secara haram, adalah amat sukar untuk mengetahui kekuatan intipati setiap satuakibat tiada kawalan atau pantauan jabatan kesihatan. Setiap pil ada kemungkinan ketepatan intipati yang lebih kuat atau lemah berbanding yang lain.

    Perkara ini menjadi antara punca para penagih boleh berisiko mati akibat overdose. Barangkali mereka mengambil sebanyak mana yang telah mereka biasakan, namun kerana tiada kawalan atas ketumpatan intipati pil atau cecair suntikan, risiko overdose meningkat.

    3. Ubat Yang Digunakan Untuk Pemulihan Barangkali Lebih berbahaya.

    Antara yang menjadi pilihan di pusat pemulihan untuk memulihkan penagih dadah secara perlahan-lahan adalah methadone. Untuk penagih, ia mungkin membantu, kerana ramai yang mula menjalani kehidupan yang kembali normal sewaktu pemulihan melalui penggunaannya.

    Apa yang menakutkan adalah methadone sebenarnya mempunyai kesan yang lebih berbahaya berbanding heroin. Hal ini kerana methadone boleh menyebabkan ketagihan kronik, lebih kronik daripada ketagihan heroin. JIka seorang penagih masih mampu untuk hidup, dan kesan secara fizikal akibat pernah ketagih heroin boleh berkekalan sampai beberapa minggu, methadone pula boleh mengakibatkan kematian sewaktu penarikan.

    Walau bagaimanapun, dadah memang pada asalnya adalah ubat-ubatan. Malahan, sebelum berlakunya ketagihan heroin, heroin digunakan sebagai ubat pemulihan untuk mengatasi ketagihan morphine, dan pernah dijadikan ubat batuk.

    4. Kesan ‘Penarikan’ (Withdrawal) seakan-akan PTSD

    Amat mudah untuk kita menyuruh mereka yang sedang pulih untuk berhenti terus. Hakikatnya, bagi bekas-bekas penagih, kesan penarikan (withdrawal) sewaktu pemulihan adalah hampir sama dengan PTSD. PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) adalah satu permasalahan mental yang sering dialami bekas-bekas askar medan perang serta mangsa-mangsa kejadian ngeri.

    Hal ini kerana sering berlaku dalam bayangan bekas-bekas penagih ini, mereka membayangkan diri mereka sedang menagih kembali, dan pada saat-saat mereka hampir melakukannya semula, mereka akan tersedar kembali ke dunia nyata. Perkara ini menyukarkan mereka meneruskan hidup kerana ia sukar untuk dikawal serta sering menghantui mereka.

    5. Pemulihan Boleh Mengambil Masa Seumur Hidup.

    Biarpun secara fizikal, seorang penagih boleh pulih daripada ketagihan heroin dalam masa beberapa minggu ke 3 bulan, namun impak secara psikologi menyebabkan mereka menghadapi tekanan seperti nombor 4 di atas.

    Ia dipanggil PAWS, singkatan untuk Post-Acute Withdrawal Syndrome. Bahayanya keadaan mereka adalah kerana biarpun mereka tidak lagi mengambilnya, seandainya mereka mencuba satu kali sahaja selepas pemulihan, mereka mungkin tidak boleh kembali ke pangkal jalan lagi. Segala yang mereka usahakan musnah, dan usaha untuk memulih semula akan memakan masa, tenaga, dan usaha yang lebih tinggi.

    Ini adalah sebab mengapa ramai yang telah pulih lebih rela dibedah tanpa bantuan morphine mahupun ubat-ubatan tahan sakit; demi mengelakkan diri daripada terjerumus kembali.
    Kesimpulannya, kita tahu akan keburukan mengambil dadah, namun kita harus mengerti mengapa sesetengah mengalami kesukaran untuk berhenti daripada ketagihan. Seharunya kita tidak menilai mahupun mengeji, tetapi simpati dan berusaha mengubah destinasi hidup mereka dan mengelakkan generasi baru daripada terjebak. Ajarilah mereka untuk berhemah dalam pengambilan ubat serta kurangkan bergantung pada ubat-ubatan.

     

  • 6 Perkara Harus Diketahui Sebelum Memelihara Binatang

    Filem-filem banyak memaparkan betapa seronoknya memelihara seekor haiwan. Seekor anjing untuk bermain bersama anak-anak, seekor kucing untuk dibelai, seekor harimau kesayangan watak-watak antagonis… namun kisah-kisah ini jarang memaparkan sisi buruk dalam membela haiwan. Hasilnya, ramai yang pada asalnya cuba untuk memelihara akhirnya mengabaikan dan membuang haiwan mereka di jalanan. (more…)