Daripada Anas bin Malik r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda :
1. Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t menulis baginya pada setiap langkah seperti setahun beribadah dan akan bersamaku( Nabi) di bawah lindungan ‘arasy ( di hari akhirat ).
2. Dan sesiapa yang sentiasa solat berjamaah pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t akan mengurnia kepadanya bagi setiap rakaat satu kota yang dipenuhi dengan nikmat.
3. Dan sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang, aku menjaminnya dengan syurga.
4. Dan tidak ada seorang wanitapun yang meminta ampun dan keredhaan daripada suaminya pada bulan ramadhan kecuali Allah memberi kepadanya pahala seperti Maryam (ibu Nabi Musa) dan Asiah (isteri Firaun).
5. Dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya seIslam pada bulan Ramadhan, Allah akan menunaikan seribu hajatnya pada hari kiamat.
(Riwayat Ibnu Majah)
minx copy…=)
Sila lah Moga2 manafaat Untuk Kita Semua..
Selamat Berkongsi…