Fenomena Artis Malaysia Bertudung
Hidayah itu milik Allah SWA. Dunia hiburan kini sedang menyaksikan ramai artis teah buat penghijrahan diri kearah yang lebih baik.
Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan pelbagi kisah hangat dan kontrovesi artis tetapi kini sebealiknya yang berlaku.
Alhamdulilah, sejuk mata memandang kerana sejak baru-baru ini fenomena artis berubah kepada imej bertudung semakin meningkat. Antaranya seperti Diana Amir, Irma Hasmi, Liza Hanim, Safura, Katriona Ross, dan yang terbaru Ana Rafali.
satu penghijrahan yang sangat baik dan semoga ia menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.
Kita doakan semoga mereka terus istiqamah dalam melakukan perkara ini. Hal ini jelas membuktikan kegemilangan islam semakin hampir dan di terima oleh semua golongan tanpa megira latar belakang.
adapun begitu, menutup aurat bukan sekadar bertudung, ia merangkumi seluruh anggota tubuh badan dari rambut sehinggalah ke ke hujung kaki. Perkara ini haruslah dimbil peduli kerana menutup aurat itu hukumnya wajub.
Persoalannya di sini, adakah imej bertudung ini hanya sekadar berfesyen kerana mengikut trend semasa atau pun sekadar ikutan semata-mata. Sudah tentu jawapannya tidak, kerana kerana telah banyak firman Allah S.W.A yang memerintahkan hambanya memelihara aurat lebih-lebih lagi kaum hawa kerana azab Allah S.W.A amatlah pedih kepada hambanya yang bermegah-megah mempamerkan setiap susuk tubuh badannya di akhirat kelak.menutup aurat bukan sekadar bertudung
Malah, semasa Nabi S.A.W dalam perjalanan Israk Mikrajnya, baginda S.A.W telah menyaksikan ramai wanita telah dicampakkan kedalam neraka kerana tidak menutup aurat.
Rasulullah S.A.W juga banyak mengingatkan umatnya tentang betapa pentingnya menjaga aurat.
Kemaksiatan yang berlaku di dalam masyarakat adalah berpunca daripada pendedahan aurat yang berleluasa. Juga memandang enteng terhadap firman Allah S.W.A dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W.