FindMasjid Aplikasi Masa Kini

FindMasjid

Aplikasi findMasjid ini telah dibangunkan oleh sekumpulan anak muda yang merupakan pakar dalam bidang-bidang berkaitan Teknologi Maklumat dan ini merupakan inisiatif yang tidak berasaskan keuntungan mereka yang bertujuan untuk menggalakkan komuniti Muslim menghidupkan kembali konsep “Kembali ke Masjid” bagi menunaikan solat secara berjamaah.

findMasjid, sesuai pada nama yang telah diberikan, membolehkan pengguna aplikasi ini untuk membuat carian, mengenalpasti lokasi dan menanda masjid berdekatan mereka dengan menggunakan peranti mudah-alih dan seterusnya melihat informasi berkaitan dengannya, termasuk komen pengguna dan juga gambar-gambar berkaitan dengan kaedah yang lebih mudah dan efektif. Dan bagi memudahkan pengguna ke Masjid berkenaan, sokongan integrasi dengan Google Maps dan Waze GPS Navigator akan membolehkan pengguna menetapkan arah perjalanan dan terus ke sesuatu masjid berdekatan dengan mudah.

Selepas diuji dalam fasa BETA sebelum ini oleh sukarelawan-sukarelawan yang turut sama menyumbang tenaga bagi proses pengujian terus, kini aplikasi findMasjid ini telah pun dilancarkan secara rasmi di Google Play Store pada 20 Febuari 2013 yang lalu, dan kini telah sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna peranti Android. Bagi pengguna peranti Apple IOS pula, findMasjid versi IOS dijangka akan dilancarkan dalam 2-3 bulan akan datang. Memandangkan ia merupakan aplikasi bercirikan komuniti, maka pengguna turut sama boleh menambah senarai lokasi dan info masjid sedia ada dengan menggunakan aplikasi findMasjid ini.

Terdapat beberapa perbezaan antara aplikasi ini dengan aplikasi yang hampir serupa, yang pertamanya adalah findMasjid tidak menawarkan sebarang fungsi penunjuk arah kiblat kerana objektif asal penghasilan aplikasi ini adalah untuk mengajak umat Islam kembali ke masjid dan surau sekiranya mereka ingin menunaikan solat . Ini kerana arah kiblat sudah pastinya akan dapat diketahui oleh semua umat Islam dengan mudah bilamana mereka berada di masjid ataupun surau. Kedua, findMasjid menawarkan fungsi “i Solat Here” yang merupakan salah satu fungsi yang hampir serupa dengan konsep “Check-In” yang ada pada aplikasi Facebook. Cuma yang membezakan fungsi “i Solat Here” adalah fungsi ini telahpun menggabungkan fungsi paparan gambar seakan-akan aplikasi Instagram yang mana pengguna boleh memilih untuk memaparkan status “i Solat Here” pada wall Facebook mereka.

Bagi pengguna Android yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini, ianya boleh dimuat-turun daripada Google Play Store hari ini, disamping pada masa yang sama menyumbang dengan menambah senarai lokasi masjid berdekatan anda padanya.

Anda Bolah Download disini  findMasjid

Comments

9 comments… add one
  • suri Link Reply

    saya rasa ckup bgus utk semua mudah d manfaatkan pada saat2 di perlukan

  • suri Link Reply

    skr lalu tepi jalan dah jumpa masjid.tapi tu belum kita kes papan tanda tak der susuh gak nak cari majid huhuh..

    saya rasa cara ini memudahkan mereka mendekatkan diri pada tempat2 beribadat cara sejuk hati memandang ..melihatnya 😉

  • Aplikasi memudahkan kan setiap induvidu muslim,

  • menarik
    boleh nanti aku muat turun untuk tab aku
    terima kasih banyak, bro

  • Dkna Abza Link Reply

    macam2 boleh install kan.. dah try game terbaru?

  • orang islam mesti install app ni, penting sangat bila jalan-jalan tempat yang tak biasa

    • Patut ada apps seperti ini untuk pengguna islam yang memiliki Androids.

  • Apps yang bagus untuk mencari masjid.

  • Amirez Link Reply

    apps yang sangat berguna. terima kasih bro.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.