Lebih 625,000 pengguna Google Plus mendaftarkan diri setiap hari, kata Paul B. Allen pengasas laman web Ancestry.com.
Pada Oktober 2011 jumlah keahlian Google Plus adalah sebanyak 40 juta orang sahaja dari seluruh dunia, kini jumlah itu meningkat kepada 60 juta.
Pada Disember 2011, Google Plus mendapat jumlah pendaftaran yang banyak didorong oleh faktor cuti di mana ramai orang terdesak untuk berhubung atau untuk mengabadikan kenangan dengan berkongsi gambar di internet melalui laman Google Plus.
Mengikut jangkaan, keahliaan Google Plus mungkin akan menjadi 400 juta pada akhir 2012. Pada waktu itu, Facebook mungkin sudah menjangkau lebih satu billion pengguna aktif sedangkan sekarang ini Facebook sudah memiliki 800 juta pengguna. Moga Google Plus diteruskan dan tidak ditamatkan seperti produk lain, misalnya Google Wave.