Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa

Doa Buka PuasaHadis Menyegerakan Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan
Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :

  1. Orang yang berpuasa disunatkan bersegera berbuka setelah diyakini masuk waktu maghrib, sebaliknya, makruh jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa ada keuzuran syarie.

 

2. Hukum sunat disegerakan berbuka puasa ini, tentulah mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah supaya orang yang berpuasa dapat bersegera menunaikan ibadah lain seperti sembahyang maghrib, membaca al-Qur’an dan sebagainya.

Sumber :

Kitab Riyadhus Salihin

See also  Kelebihan Bulan Ramadhan
1 comment… add one
  • Amir Mazlan Link Reply

    berbuka kita segerakan..bersahur kita lewat2kan.

    lambat sangat berbuka, takut nanti terkejar2 nak solat maghrib.

    awal sangat bersahur, takut nanti tertido dan termiss subuh 🙂

Leave a Comment