Soalan:
Bolehkan tuan jelaskan hukum orang dah tahu hukum onani atau melancap tetapi tetap melakukannya kerana tidak tahan dengan desakan nafsu syahwat tapi untuk pengetahuan dalam proses berhenti melakukan onani?
Jawapan:
Hukum melakukan onani @ melancap itu adalah haram.Panel tegaskan bahawa ia perlu segera bertaubat kepada Allah dengan melakukan taubat Nasuha (sungguh-sungguh).
Islam menyediakan kaedah yang paling praktikal untuk berhenti onani iaitu dengan cara bernikah jika beliau benar-benar mampu dari segi kewangan,sekiranya tidak mampu hendaklah ia berpuasa @ melakukan kerja-kerja sosial agar ia tidak terlalu menumpukan kepada syahwat.Kurangkan memakan makanan yang mengandungi daging merah seperti lembu,kambing,biri-biri dan kerbau.sentiasa amalkan zikir kepada Allah.
Sekiranya kaedah ini diikuti sepenuhnya maka sedikit demi sedikit penyakit ketagih onani ini akan dapat dikurangkan seterusnya kembali kepada keadaan normal.
Soalan:
Bagaimanakah seseorang perempuan itu melancap atu onani?
Jawapan:
Hukum perempuan beronani atau melancap sama ada menggunakan buah timun,terung atau gajet adalah haram.Justeru beliau kena bertaubat nasuha dengan kadar segera (Taubat secara sungguh-sungguh).
Terdapat 3 syarat taubat yang telah ditetapkan oleh ulamak iaitu:
1.Menyesal di atas perbuat berkenaan.
2.Bersegera meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah.
3.Berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk tersebut
Sekiranya anda masih mengulangi/melakukan perbuat onani ,ini bermakna taubat yang anda lakukan itu masih belum diterima oleh Allah SWT.
Wallahu a’alm.