Jadikan Impian Menjadi Realiti

dream

Setiap manusia mempunyai impian untuk dicapai dalam kehidupan ini. Dan tidak semua impian boleh jadi kenyataan dan kebanyakan manusia sedar akan hakikat itu. Impian wujud bermula daripada angan-angan yang kemudiannya bertukar menjadi cita-cita. Itu lah impian yang kadang-kadang memberi suka dan kadang-kadang memberi duka. Tapi semua itu bukan lah faktor untuk berhenti mengejar impian, kerana setiap manusia berpeluang untuk merasainya. Impian yang baik adalah impian yang memberikan kehidupan lebih sempurna di dunia dan juga akhirat..

  • saya juga masih berusaha menuju kearah itu..sama2 lah kita berusaha.. Berikut merupakan pandangan saya untuk memenuhi impian kita..
  • Kenal pasti impian – pastikan kita tahu, apa sebenarnya impian yang betul2 kita mahu.. pastikan impian semua perkara baik-baik, jangan impikan sesuatu yang bersifat “Jahat” pula..
  • tetapkan misi – misi penting untuk mengetahui apa rancangan yang kita perlukan untuk mencapai impian tersebut.
  • Susun strategi – jika ada impian, kita harus ada “Planning”. Fikir apa yang kita perlu buat, senaraikan semua alternative tersebut.
  • Tindakan – apabila dah ada planning, mula bertindak.. Pilih planning yang paling okey. kerana tanpa tindakan, ia Cuma angan-angan bukan impian..” Action louder than words”
  • Networking – mempunyai jaringan yang baik dengan orang ramai juga boleh membantu kita mencapai impian tersebut
  • Usaha, usaha, usaha – teruskan berusaha walaupun impian tersebut masih kelihatan masih samar-samar..
  • Doa – berdoa agar urusan kita dipermudahkan…. Semoga doa kita dimakbulkan..
  • Tawakal – setelah berusaha, kita tawakal… Sekiranya kita gagal untuk mencapai impian, jangan terlalu sedih..kerana Allah sebaik-baik perancang 🙂

4 Comments

  1. betul tu, klu sekarang impian tanpa rancangan, seperti angan angan mat jenin. teruskan usaha 😉

  2. Dan setiap pagi bayangkan kita dah capai impian kita – lihat keadaan kita waktu itu, apa kita nampak, apa kita dengar dan apa kita rasa.

    Sgt2 berguna.

  3. Jangan takut untuk bermimpi. Jika anda bermimpi pasti dapat capai apa yang diimpikan.

  4. semua berawal dari mimpi asal kita berusaha mewujudkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *