donJangan lupakan Allah – Jangan pernah lupakan Allah S.W.T dalam kehidupan seharian anda. jangan lupa untuk menunaikan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Jangan lupakan ibu – Jangan pernah lupakan pengorbanan ibu yang membesarkan kita hari ini. Ibu adalah segala-galanya.

Jangan lupakan Ayah – jangan pernah lupa akan titik peluh ayah yang bekerja keras hingga kita menjadi besar seperti sekarang. Ibu dan ayah adalah segala-galanya.

Jangan lupakan adik Beradik – jangan pernah lupa bahawa anda punya adik beradik yang harus disayangi. Kerana mereka sentiasa ada untuk kita.

Jangan lupakan sahabat baik – sahabat yang baik banyak memberi pertolongan dan sentiasa menemani di saat dan duka.

Jangan lupa untuk membuat kebaikan – berbuat baiklah sesama manusia, berbuat baiklah pada diri sendiri. Buatlah kebaikan dan perbaiki diri sendiri.

Jangan lupakan ilmu – berusaha lah untuk mencari ilmu sebanyak yang boleh. Pastikan ilmu tersebut bermanfaat di dunia dan akhirat.

Jangan lupa untuk mengingatkan – berkongsilah yang baik-baik dan mengingati sesama kita kerana kita sememangnya mudah lupa.

Jangan lupa untuk mengamalkan – amalkan perkara yang mulia, amalan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Jangan lupa untuk berzikir – Zikir dapat membuatkan hati kita lebih tenang.

Jangan lupa untuk sayangi diri sendiri – Jangan pernah sakiti diri anda sendiri, jangan pernah berputus asa di dunia yang sementara. Tetap tabah dan ingat Allah S.W.T sentiasa ada untuk kita.

2 Comments

  1. Memang kita selalu mudah lupa. Hanya ingat kepada yang sering dilupakan tu bila dah terlambat

  2. banyak hal yang tidak boleh kita lupakan di dunia ini ya terutama hal2 yang wajib dalam agama dan juga menyangkut keluarga sebab keduanya adalah alasan kenapa kita ada dan hidup di dunia 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *